Akukah Cinderella Itu? akan Menemui Pembaca di Kedai Buku
Assalamualaikum kawan-kawan yang dikasihi lagi dihormati.
Sukacita dimaklumkan, novel Syok! berjudul Akukah Cinderella Itu? karya Lily Haslina Nasir sudah berada di stor PTS hari ini.
Adakah kawan-kawan terfikir Cinderella yang dimaksudkan itu adalah Cinderella sama, yang cantik yang menjadi orang suruhan ibu dan adik-beradik tirinya sepertimana yang kita sedia tahu jalan ceritanya? Ataupun ini adalah Cinderella cantik yang lain daripada yang lain. Jangan tunggu-tunggu lagi. Ayuh dapatkan di pasaran bagi mengetahui kisah sebenar Cinderella yang dicipta khas oleh penulis terkenal Lily Haslina Nasir untuk pembaca dan peminat beliau. Jangan lepaskan peluang ini.
Selamat membaca.
MARI LIHAT SINOPSISNYA
Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.
Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.
Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?
Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!

Percubaan posting