Berita Harian: Novel bersiri Ain Maisarah

 

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
2010/10/18

BERJAYA membariskan namanya dalam kelompok penulis novel remaja popular negara, Ain Maisarah kini bakal berkongsi karya terbarunya dengan pembaca Berita Harian dan Berita Minggu apabila ia disiarkan secara bersiri setiap Sabtu dan Ahad bermula Januari depan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda TESL, Universiti Darul Iman Malaysia (kini Universiti Sultan Zainal Abidin), berkata karya terbarunya itu menampilkan kesinambungan kisah pelajar Sekolah Seri Bangsar, namun diisi dengan konflik yang diberi nafas segar.

“Karya bersiri yang masih belum diberi judul ini mengisahkan pelajar Sekolah Seri Bangsar terpaksa berpindah ke Sekolah Zara Damansara selama tiga bulan kerana sebuah daripada tiga bangunan sekolah mereka rosak dan terpaksa dibaiki ekoran gempa.

“Konflik bermula apabila mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan di sekolah baru, selain terpaksa berhadapan dengan cabaran persaingan dalam pembelajaran berbanding pelajar Sekolah Zara Damansara yang lebih aktif dan cemerlang,” katanya.

Penulis sepenuh masa itu berharap kerjasama itu akan membuahkan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca khususnya dalam usaha memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat, sekali gus mengangkat bidang penulisan pada peringkat lebih tinggi.

Ain Maisarah yang melihat perkembangan industri buku tempatan sedang melalui revolusi, membuktikan tabiat membaca bangsa Melayu semakin meningkat dan tidak seperti diuar-uarkan sesetengah pihak sehingga timbulnya persepsi negatif terhadap penulis negara ini.

“Peluang bekerjasama dengan Berita Harian saya anggap sebagai batu loncatan untuk mengangkat karya tempatan selain mendedahkan generasi muda dengan novel mudah dan santai, namun masih mengekalkan keindahan bahasa.
“Selain terbabit dengan novel bersiri ini, saya juga akan menyertai beberapa bengkel pendidikan Skor dan Didik pada November ini serta program lain di beberapa sekolah terpilih. Ia membabitkan promosi novel dan mendedahkan pelajar kepada dunia penulisan agar mereka suka bahasa Melayu,” katanya.

Menyentuh mengenai aktiviti dan karya terbarunya, Ain Maisarah akan melancarkan Siri Dongeng Seri Bangsar pada Pesta Buku 2011 selain aktif mempromosikan karyanya di beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Setakat ini, saya sudah menjejakkan kaki ke 43 sekolah, manakala sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga ada beberapa pelajar sekolah sudah mula menghasilkan novel, meskipun masih muda. Farihah Jamil berusia 13 tahun berjaya menghasilkan karya sulungnya, Gadis Piano,” katanya.

Penulis ini tampil sebagai pengkarya paling tinggi honororiumnya di PTS Publications & Distributors Sdn Bhd yakin bidang penulisan akan terus berkembang sekiranya penerbit dan penulis terus bersungguh-sungguh berkarya.

“Sekiranya penulis novel Barat berpeluang menjadi jutawan dengan menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa, penulis tempatan juga mampu berbuat demikian jika disusuli minat dan komitmen berterusan,” ujarnya.

Dipetik daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NovelbersiriAinMaisarah/Article

  • Oleh : nadia zainuddin, pada : 29 05 2011
  • salam untuk kk ain..
    saye pon mint sngt dngn kk ain.tiap2 hujung minggu saye msi bli novel kk ain dkt popular ataupon MPH.tpi selalunyerr saye borong je buku novel tu.yela tkt2 da xde hehehe.saye mule bce buku kk ain smnjk saye bli buku aku mahu saiz s.smnjk tu brula saye knl seorg novelis yg trhbt.kk ain saye akn trus mnyokong kk ain.akhr kate semoge trus mnulis beribu2 prkataan.kep your smile.:D
                                                                salam sayang,...
                                                          nadia to kk ain(MY IDOL).

  • Oleh : izah, pada : 09 04 2011
  • asssalamualaikum…nak cari buku impiana 3 tapi x dpt2…cdehnya..

  • Oleh : syazana05, pada : 05 12 2010
  • aku mahu bergaya tak jumpa lagi kat popular.
    kalau ada buku baru terbitan kak ain jangan lupa hantar dekat e-mail saya.

  • Oleh : naila farafisha, pada : 01 12 2010
  • salam..to..kak ain..
    untuk pngetahuan kak ain saye adelah peminat kak ain..huhu.
    sayer minat giler dengan novel-novel kak ain..
    skunk nie pon sye dah mempunyai novel2..kak ain..lebih hampir 10 buah..haha..
    kalu kat kedai saye akan f0kus..dekat novel kak ain.jer..kalo x der.;-( hmm..
    terpaksa lah carik yg laen..ermm..
    apa2 pon sye akan sokong kak ain..
    4ever n ever..

  • Oleh : azurin, pada : 23 11 2010
  • Aku sll liat novel kakak di pts tapi tak dapat. Ni sedang cari upah .....

  • Oleh : Aina Afiqah, pada : 09 11 2010
  • hai kak Ain…...saya suka bila baca novel karya kak Ain…...dalam novel kak Ain….ada yang lucu,romantik,seram,dan…..sedih….dan…..kak Ain lah…..idola saya…..oh lupa saya akan doa kan….kak Ain.kakAin terima kasih atas sebab menulis novel yang terbaik…..

  • Oleh : ainaa athirah, pada : 04 11 2010
  • saya suka kak ain maisarah..dan juga novelnya!!

  • Oleh : ika, pada : 03 11 2010
  • to kak ain : this is my phone number : 0132230212

  • Oleh : ika, pada : 03 11 2010
  • to kak ain : cari novel impiana 3 x jmpe pun…anayway klu bleh siri dongeng seri bangsar pos kan kat rumah ika leh tak..he3..gurau je..klu betul apa salahnya kan nanti kita bgi alamat / no tepon n bleh x klu ika nak jdi adk angkat kak ain…bleh kan..smbil2 tu bleh jdi penulis cam kak ain..tul x???sejak baca novel novel kak ain rse teringin nak wat karya sndiri tp x laptop lah plk..semoga kak ain bjaya dunia akhirat da bjaya jdi jutawan novelis cam org barat yg kak ain ckp tu…good luck…go!!go!!go!!kak ain..sentiasa sokong kak ain…

Berikan Komen Anda
Nama:
Email:
Url:

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: