Buku Sastera Awal Remaja yang Ditulis dengan Menggunakan Teori Interteks
Buku Mencari Pohon Emas adalah contoh baik bagaimana sebuah karya untuk bacaan kanak-kanak ditulis dengan menggunakan teori sastera yang disebut 'teori intertekstual'.
Buku ini dihasilkan oleh 5 orang penulis muda yang mengikuti kursus teori interteks dalam siri kursus penulisan PTS.
Mereka kemudian menubuhkan kumpulan lalu duduk merancang projek menghasilkan karya sastera kanak-kanak dalam siri kembara lima orang putera raja.
Perancangan itu dibuat secara sangat detail, daripada konsep produknya, teks-teks yang dijadikan sumber interteks, jalan ceritanya sehingga kepada desain pakaian kelima-lima putera itu, semuanya ditetapkan terlebih dahulu sebelum proses penulisannya dimulakan.
Kertas proposal projek ini kemudian dihantar kepada PTS One Sdn Bhd bagi penilaian dan seterusnya kelulusan. Hanya selepas pihak PTS berpuas hati lalu meluluskannya barulah ia dituliskan.
Diramalkan siri ini berpotensi menjadi siri yang evergreen dalam pustaka khazanah sastera kanak-kanak kerana sejak awal-awal lagi ia dirancang supaya dapat menjadi karya evergreen.
Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/index.php/site/comments/buku_cerita_yang_ditulis_dengan_menggunakan_teori_interteks/

Adik saya suka membaca buku ini.dia minta pihak pts untuk membuat satu lagi edisi cerita pengembaraan Lima putera ini