Cerpen Remaja@PTS One 2010 - Tahniah!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada kawan-kawan! 
Diharapkan kawan-kawan berada dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.
Sudah ramai yang ternanti-nanti pengumuman pemenang pertandingan menulis cerpen untuk Remaja@ptsone 2010.
Mohon maaf kerana kami mengambil masa yang lama bagi mengumumkannya.

Ini adalah muka hadapan bagi Remaja@ptsone 2010.
Bagi tidak membuang masa, ini senarai nama pemenang bagi penyertaan cerpen Remaja@ptsone pada tahun ini.
Tahniah kami ucapkan kepada: ![]()
- Nur Aleena Nabilah bt Kamal Bahrin
- Nazrie Haslianie
- Marini bt Azahri
- Ani Izzuani bt Mohd Kassim
- Nor Hayati Mohd Redzwan
- Nazirah bt Ahmad Fathullah
- Azzah AR
- Alya Chan
- Aunee Azrina bt Zulkifli
- Ainul Mardhiah
- Nor Hidayah Ismail
- Riha J.
- Shukri b. Mohd Ali
- Maria Kajiwa
- Arifah Nabilah bt Mohamad & Nurfatin Athirah bt Jamil
- Nur Nabilah Inani bt Mohd Joni
- Najwa Amira
- Nurul Farehah bt Jaamad
Selain para pembaca, Remaja@ptsone juga disertai beberapa penulis PTS One iaitu:
- Bahruddin Bekri
- Aizam Aiman
- Kusyi Hirdan
- Ilya Alias
- Ikmal Shah
- Rowena Ridzuan
Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan. 
Berikut antara faktor beberapa cerpen tidak dipilih oleh pihak kami:
- Menggunakan bahasa pasar dan penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak.
- Jalan cerita yang tidak menarik dan tiada tema raya mahupun puasa.
- Menggunakan kata ganti diri pertama iaitu 'saya' ataupun 'aku'. Penulisan cerpen dan novel perlu menggunakan kata ganti diri ketiga, dan setiap watak perlu diberikan nama. Penulis bertindak sebagai pencerita, dan bukan pelaku. Gaya penulisan sebegini hanya dibenarkan dalam PELIT.
- Jalan cerita menarik namun tidak sesuai dengan sasaran pembaca iaitu remaja.
Ada beberapa cerpen dilepaskan dan disunting oleh editor, namun diharap pada tahun hadapan, kesalahan-kesalahan ini dapat dikurangkan.
Jumpa lagi!
