Harian Metro: PTS@Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur

PESTA Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur antara lokasi menarik untuk dikunjungi pada musim cuti sekolah ini.

Pelbagai aktiviti menarik khususnya bahan bacaan bermutu dalam pelbagai bahasa menanti kunjungan kanak-kanak dan remaja, malah turut disediakan bahan bacaan untuk dewasa khususnya ibu bapa.

Bermula pada 22 Disember yang berlangsung sehingga 26 Disember 2010 di Dewan Tun Razak 3 PWTC, syarikat PTS menyediakan beberapa aktiviti menarik termasuk sesi Sehari bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (25 Disember) dan bertemu penulis Ain Maisarah (24 Disember).

Demonstrasi memasak bersama Chef Hanieliza diadakan pada 26 Disember, persembahan magis (25 Disember) serta bertemu penulis kanak-kanak menerusi segmen Bergaya ala Puteri (25 Disember).

Acara seni dan kraf bersama Kak Emila diadakan pada 23 Disember manakala hiasan sandwic bersama Putera Fariri pada 25 Disember.

Selain itu, PTS turut menyediakan diskaun dan buku percuma kepada 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari.

Turut disediakan hamper istimewa kepada seorang pembeli terawal yang membeli buku PTS dengan nilai RM500 ke atas (dalam satu resit) setiap hari.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti PTS, layari http://pts.com.my/index.php/klcbfphp/aktiviti/ Tidak ketinggalan, pesta buku berkenaan menyediakan Pavilion Buku Islam dan Pavilion Buku Bahasa Cina serta aktiviti bersama haiwan yang dibawakan oleh Zoo Negara selain pertandingan akhir Speedcubing.

Pesta buku ini adalah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia berserta penaja 3QMRC Junior, Petrosains dan Zoo Negara.

Sumber: Harian Metro

  • Oleh : Nur Shahierah Sharippuddin, pada : 31 01 2011
  • sy suka sangat dengan semua buku yg diperbuat oleh PTS…...sy nak sangat mendapat buku cerita free dari PTS….sy nak sangat buku cerita yg menarik!!!!! sy sudah kumpul 5 buku PTS…...

Berikan Komen Anda
Nama:
Email:
Url:

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: