Kad raya untuk kami :)

 

Pengumuman penting!

Adakah kawan-kawan kreatif? Mempunyai kertas warna? Mempunyai kad manila? Mempunya gam dan gunting? Mempunyai setem?

Apa kata kawan-kawan layangkan kad raya paling cun di atas muka bumi Tuhan ini untuk tatapan kami warga PTS One. Sebagai balasan... errr... okey, sebagai balasan, kami akan balas kad raya itu dengan kad raya rasmi PTS yang ada tandatangan kami. Hah hebat bukan?

Err... tandatangan kami tidak bernilai? Janganlah begitu! Walaupun kami tidak glamor, tetapi tentu seronok kita berbalas kad raya!

Kad raya terpilih akan kami paparkan di laman web ini! smile

Oh ya, jangan lupa sertakan nama dan alamat kawan-kawan untuk kami membalas kad kawan-kawan. Walaupun kad kawan-kawan kurang cun, ataupun tidak disiarkan di laman we, kami tetap akan balas! Baik bukan kami smile

Jadi, tunggu apa lagi? Poskan ke alamat:

PTS ONE SDN. BHD.

NO 9-1 & 11-1, JALAN WANGSA SETIA 3,

WANGSA MELAWATI

53300 KUALA LUMPUR.

p/s: Kami PTS One dengan ini mengumumkan kami menyokong 'perjuangan' Saudara Alif Firdaus Azis. Perjuangan apa? SILA KLIK DI SINI!

 

 

     

  • Oleh : Misz Purplez, pada : 07 09 2009
  • Nak tanya sikit, bila tarikh tutupnya? Kalau takde, lagi bagus sbb saya nak belajar utk UPSR.. tak sempat nak buat kad raya! :D

Berikan Komen Anda
Nama:
Email:
Url:

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: