Kawan-kawan sudah ke PBAKL’10?

Assalamualaikum, hai kawan-kawan yang kami kasihi!

Sudahkah kawan-kawan ke PBAKL'10?

Tidak tahu PBAKL itu apa?

PBAKL adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang diadakan di PWTC.

Ha... sudah pergi ataupun belum? Hehe.

Kepada yang sudah pergi dan memborong buku-buku PTS One, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan daripada kawan-kawan selama ini. Kami harap sokongan ini berterusan supaya kami terus bersemangat dalam menyiapkan buku-buku baharu buat kawan-kawan.

Kepada para pelajar, jangan lupa bawa sekali apa-apa kad daripada sekolah, sama ada kad pelajar, kad perpustakaan ataupun kad persatuan supaya kawan-kawan mendapat potongan harga sebanyak 30%! Pakai baju seragam sekolah juga dapat potongan harga sebanyak 30%! Jika ada kupon, dapatlah 25%. Jika dapat kertas edaran yang diedarkan di sekitar PWTC, dapatlah 20%. Jika tiada kupon, kertas edaran mahupun kad pelajar, dapat 15% diskaun! Mana-mana pun, di pesta buku harga bukunya lebih rendah berbanding di pasaran. Hebat, bukan? (^_^)

Sebelum ini iaitu pada hari Sabtu, 20 Mac 2010, sudah berlangsung sesi bersama penulis iaitu Nurul Zahidah, penulis bagi buku Siapa Lebih Popular? dan juga Ilya Alias, penulis bagi buku O.T.A.I: Lawan Jadi Kawan. Walaupun mereka penulis baharu PTS One, namun sambutan amat menggalakkan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menjayakan aktiviti ini.

 

Selesai sesi bersama mereka, sesi bersama penulis siri Melah Melia dan Sejak Bila... iaitu Ainin Naufal dan penulis siri Sarah dan... iaitu Ezee Rahmani. Mereka antara penulis PTS yang sangat banyak menulis cerita yang menarik dan mempunyai peminat sendiri!

 

Pada hari Isnin pula iaitu pada 23 Mac 2010, berlangsung pula sesi bertemu peminat oleh tiga sekeluarga iaitu Tuan Imran Yusof (penterjemah siri-siri Sherlock Holmes) dan anak-anaknya iaitu Nia Imrani dan Mia Imrani (penulis bagi buku Ikan Tawar Untuk Lego). 

 

Selesai acara bersama tiga penulis berbakat itu, acara kami disambung dengan sesi bersama penulis, Natasha Effyzal dan juga Ida Munira. Buku terkini daripada Natasha Effyzal adalah Tukar Sekolah Lagi dan juga Diari Si Ratu Air Mata. Buku terkini daripada Ida Munira pula adalah Budak Span dan Kasut Saraf.


 

Hmm... apa pula aktiviti kami selepas ini? Buat kawan-kawan yang akan ke PBAKL pada hari Khamis dan Jumaat ini, jangan lupa singgah ke booth PTS ya!

 

 

Harap dapat berjumpa dengan kawan-kawan di sana kelak!

Berikan Komen Anda
Nama:
Email:
Url:

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: