Komik Remaja@PTS One 2010

Assalamualaikum! Hai, apa khabar?

Fuh! Penat sungguh kami sepanjang PBAKL yang lalu. Dapat jumpa ramai peminat PTS One dan juga penulis-penulis kami yang ceria dan peramah belaka! Kawan-kawan sempat pergi tak? Ada ambil gambar sepanjang di booth PTS? Sekiranya ada, bolehlah kongsikan di FB PTS One di www.facebook.com/ptsone. Marilah memeriahkan FB kami! (^_^) Kepada yang sudah menjadi fan PTS One, kami ucapkan jutaan terima kasih!

Baiklah. Kali ini kami akan kemas kini website PTS One dengan menyenaraikan pekomik-pekomik yang sudah menghantar penyertaan bagi Remaja@PTS One 2010. PTS One mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tersenarai, dan kami berharap mereka terus berkarya bersama PTS One. Senarai pemenang cerpen Remaja@PTS One 2010 pula akan dikemukakan kemudian kerana hingga jam 1 petang tadi, kami masih menerima penyertaan daripada kawan-kawan kita. Lagipun tarikh tutup penyertaan cerpen adalah pada hari ini, manakala komik pula sudah ditutup sehari sebelum PBAKL. Maka marilah melihat siapa pekomik yang terlibat pada kali ini!

  1. Bop @ Mohd Hairy - pelukis dan penulis komik Ultra Qalif terbitan Komik-M.
  2. Jas An - pelukis dan penulis komik Meon terbitan Komik-M.
  3. Feeqry - pelukis (Afiq) dan penulis (Nazry) komik Aviasi Fantasi dan Misi 8A terbitan KomikM.
  4. Jon Suraya - pelukis dan penulis komik antalogi 'Pemain Simpanan' dalam Aku, Kau & Bola: Separuh Masa Pertama terbitan Komik-M.
  5. Alif @ Mohammad Alif Nazrudin - pelukis dan penulis komik antalogi 'Cinta Dalam Komik'  dalam Aku, Kau & Komik #2  terbitan Komik-M.
  6. Ucop @ Md Yusof - pemenang fanart komik Misi 8A (pelukis: Afiq, penulis: Nazry) terbitan Komik-M.
  7. Bearing85 @ Tengku Izzat
  8. afaniL @ Affandi Mustapa
  9. Chayrot @ Shahrul Firdaus
  10. giantpolar @ Mohd Hafiz bin Mohd Saadon
  11. Zamillia @ Nor Zamillia Bte Zainal
  12. Naim @ Mohd Khairul Naim
  13. Kyrel - penyertaan yang dipilih kerana kesungguhan.

Hebat-hebat bukan?

Jadi nantikan kemunculan Remaja@PTS One 2010!

Peserta cerpen kami juga hebat-hebat belaka.

Kelak kami akan kemas kini senarai para pemenang! Terima kasih kepada semua yang menghantarkan karya kepada kami.

Jumpa lagi! (^_^)v

Berikan Komen Anda
Nama:
Email:
Url:

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: