Peminat Temui Penulis Young Readers dan Kids
Hari Keempat menyaksikan program bersama penulis Young Readers dan Kids. Beberapa penulis turut hadir memeriahkan suasana di ruang aktiviti PTS antaranya Tuan Alif Firdaus, penulis buku terbaru Bob Sani Hero Kita, Puan Natasha Effyzal dengan buku terbaru beliau Sekolah Agama, Cikpuan Ima Imrani penulis Sepupu Lego dan Tuan Aliff Danial penulis buku Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq dan Putera Fariri dan Buku Resipi Ajaib.
Antara aktiviti yang disajikan adalah permainan teka-teka, kuiz, bergaya ala puteri dan deko sandwic bersama Putera Fairiri. Pelbagai hadiah menarik menjadi rebutan peserta yang merupakan tajaan TV9 dan Majalah Disney. Terima kasih kepada penaja, penulis dan peminat-peminat buku PTS terutamanya buku PTS One Sdn. Bhd. Tidak lupa juga terima kasih kepada Tuan Bahruddin Bekri dan Puan Haryani Kamilan yang menjadi pengacara majlis pada hari itu. Celoteh mereka berdua yang penuh bergaya dan lucu membuatkan para pengunjung begitu terhibur.




Bestnye…...bile nak buat lagi…nak gi….mesti best jumpe ngan penulis penulis…..