Pertandingan Menulis Cerpen Remaja@PTSOne - DIBUKA SEMULA!
Salam, hai kawan-kawan! 
Tajuk yang mengujakan, bukan?
Benar sekali!
Atas permintaan ramai, kami dengan hati yang terbuka dan gembira, membuka semula penyertaan kepada sesiapa yang berminat menulis cerpen puasa ataupun raya untuk Remaja@PTS One 2010!
HORE!!! 
Syarat-syarat penyertaan adalah sama iaitu:
- Tema pengalaman beraya ataupun berpuasa.
- Yang penting jalan cerita perlu original, menarik dan lain daripada yang lain.
- Perlu cerita yang syariah-compliant, ada moral yang baik, tidak kira sama ada ceritanya sedih ataupun kelakar.
- Karya bersaiz A4, lebih kurang 8 muka surat. Tidak boleh kurang daripada 8 muka surat, dan tidak terlalu panjang melebihi 12 muka surat.
- Tidak perlu spacing antara baris ataupun perenggan.
- Bertaip - Font-12, Times New Roman, double spacing
- Tiada had umur.
Tarikh tutup adalah pada 30 Mac 2010, iaitu dua minggu daripada sekarang.
Oh ya? Jangan lupa sertakan sekali biodata kawan-kawan kepada kami. Kami perlukan nama penuh, alamat, e-mel dan juga nombor telefon, sekurang-kurangnya.
Ini adalah peluang terakhir daripada kami. Sebarang rayuan walaupun dibuat dengan wajah yang comel dan manja adalah tidak dilayan. 
Jadi, apa tunggu lagi? Mulalah menulis sekarang! Tulis baik-baik, elok-elok, supaya peluang keemasan ini tidak digunakan dengan sia-sia. Jangan tulis menggunakan bahasa pasar, bahasa singkatan, dan segala bahasa selain Bahasa Melayu Tinggi. Ejaan perlu baku kerana karya kawan-kawan bertindak sebagai agen menyebarkan ilmu kepada kawan-kawan yang lain. Mulia tugas ini, bukan? (^_^)
Hantarkan kepada ptsone@pts.com.my ya!
Terima kasih!
