Review daripada pembaca - Oleh Alya Rohaizan
Salam untuk kawan-kawan.
Maaf atas kelewatan memaparkan review yang kawan-kawan hantar. Kami akan memaparkan semua review yang dihantar melalui e-mel. Jangan panik! Pemenang belum dipilih. Ini hanya paparan untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain. Selamat membaca. ![]()
______________________________
![]()
Saya memilih untuk mengulas novel fantasi berjudul 'Langkah Pertama ke Dunia Baru' hasil tulisan Umi Kauthar.
Novel pertama dalam siri 'Armand di Siber Atlantis' yang bertajuk 'Langkah Pertama ke Dunia Baru' ini menceritakan tentang seorang manusia berdarah duyung, iaitu Armand bin Adam yang berasal dari Dunia Siber Atlantis. Armand sendiri tidak mengetahui hakikat bahawa dia seorang manusia berdarah duyung sehinggalah dia diberitahu oleh Irman Shah; pengawal di Sekolah Bistari Siber Atlantis. Maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang manusia berdarah duyung di Sekolah Bistari Siber Atlantis.
Gaya penceritaan serta plot yang tidak membosankan membuatkan para pembaca turut bersama berfantasi sambil membaca novel ini. Apabila membaca novel ini, para pembaca akan senantiasa tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Kesudahan cerita ini juga membuatkan para pembaca berpuas hati. Jangan tidak percaya jika saya berpendapat bahawa penulis novel ini juga layak untuk berjaya setanding J.K Rowling!
Harga novel ini juga sangat berpatutan berbanding novel-novel antarabangsa yang sering berada di rak-rak kedai buku. Jumlah muka surat novel ini tidaklah terlalu banyak atau sikit. Kadangkala, jumlah muka surat yang banyak membuatkan para pembaca berasa sangat bosan, jemu dan akhirnya mereka tidak larat untuk menghabiskan bacaan novel tersebut.
Oh, ya. Saya cadangkan untuk siri kedua 'Armand di Siber Atlantis', pihak PTS tidak menggunakan kertas seperti kertas yang digunakan untuk membuat novel ini. Ini kerana, pada mulanya sedikit sebanyak telah membantutkan minat saya untuk membaca novel tersebut. Namun akhirnya, apabila mula membaca, saya mula tertarik akan jalan cerita novel 'Langkah Pertama ke Dunia Baru'. Benarlah pepatah inggeris, "Don't judge a book by its cover / type of paper." Haha!
- Oleh : Alya =], pada : 18 07 2009
-
HAHAHAHAHA =p
- Oleh : Ashikin, pada : 18 07 2009
-
Kalau tau macam babi , kenapa datang jugak ? tak takut nanti kena selesema babi ke ? macam keling ke,tahtah kau tu yang keling! =p
- Oleh : Alya =), pada : 17 07 2009
-
Alhamdulillah ..
Dah tak suka apesal jenguk sini ?
Ngehngeh ;p
- Oleh : Khadijah, pada : 14 07 2009
-
hebat
- Oleh : Alya =), pada : 03 07 2009
-
Alamak! Hehehehe (:

kwureen, mantap, asoy..