Salam Ramadan!
Pejam celik, sudah Ramdan rupa-rupanya. Peperiksaan penting seperti UPSR (8,9, 10 September), PMR 7-9 Oktober (Rabu-Jumaat), dan dari 12-13 Oktober (Isnin-Selasa) dan SPM (err.. bila ya?) bakal menjelma. Ish...ish... cepat sungguh masa berlalu!
Jadi, ini soalan kami untuk semua pembaca berkaitan Ramadan, peperiksaan dan err... semua yang kami suka-suka hendak tanya:
-
Adakah kawan-kawan berpuasa hari ini?
Eh, tidak perlu jawab kuat-kuat, dalam hati pun sudah cukup.

-
Adakah kawan-kawan mengerjakan solat tarawikh?
Pergi? Alhamdulillah. Harap-harap kita semua dapat menyempurnakannya setiap malam okey.

-
Bagaimana pula dengan persiapan menghadapi peperiksaan?
Jangan cemas okey. Yang penting, USAHA dan DOA. Usaha itu tangga kejayaan. Doa pula senjata orang Mukmin. Jadi, percayalah apabila kita sudah berusaha, berserahlah. Dengan izin Tuhan, kita akan berjaya.
-
Bagaimana pula dengan buku-buku terbitan PTS One yang terbaharu? Sudah beli? Sudah baca?
Ayah suruh baca buku pelajaran dahulu? Okey, tidak mengapa. Selepas peperiksaan UPSR tamat, baca okey.

-
Selalu buka laman we baru PTS One? Apa pendapat kawan-kawan?
Jarang dikemaskini? Err... minta maaf. Kami akan perbaiki. Lagi? Hah, yang ini, boleh tinggalkan komen panjang berjela.
Okey, kita jumpa lagi di lain entri!
- Oleh : Ana, pada : 12 09 2009
-
Moga-moga team PTS ONE mendoakan saya berjaya dlm UPSR. Sebab Kalau saya berjaya , novel PTS ONE dan sebuah laptop akan menjadi milik saya .

boleh tak pts kurangkan harga buku?