Firdaus

Komik Semangat Gahsing adalah komik solo pertama Firdaus dengan kolaborasi bersama Adiemus.

Adiemus

Adiemus pernah menghasilkan karya komik yang diterbitkan oleh beberapa majalah komik tempatan. Kini bertugas sepenuh masa sebagai animator. Beliau sangat meminati komik dan mempunyai impian melihat komik tempatan berkembang maju setanding komik-komik negara luar.

Herniwatty Moechiam

Siti Munirah A. Rashid

Ahmad Hasan Mohd Nazam

Ahmad Hasan bin Mohd Nazam dilahirkan pada tahun 1974 di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama al-Mashoor Pulau Pinang sebelum menyambung pengajian di peringkat IV Thanawi di Madrasah al-Khairiah al-Islamiah di Seberang Perai Selatan. Seeterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat B.A Syariah dan Undang-undang di Universiti al-Azhar, Mesir. Di samping itu, beliau turut mengikuti pengajian secara tidak formal (talaqqi) dengan beberapa ulama di Mesir dan Syiria. Kini beliau menjawat jawatan sebagai editor di syarikat penerbitan di Shah Alam dan bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia.

Micheal E. Gerber

Micheal E. Gerber adalah pengasas dan CEO E-Myth Worldwide yang berpusat di Santa Rosa, California. Beliau adalah penulis Bestseller bagi buku-buku berjudul The E-Myth Physician, The E-Myth Manager dan banyak lagi. Beliau juga adalah speaker terkenal dan beliau juga membawa revolusi kepada bisnes kecil.

Warren Buffett

Nor Hashina Bahrudin

Penulis adalah pensyarah Sains Makanan di Politeknik Johor Bahru, Johor Bahru, Johor. Mereka berpengetahuan luas dan terlibat dengan kajian berkaitan pemakanan sihat dan teknologi makanan.

Rahimawati Abdul Rahim

Penulis adalah pensyarah Sains Makanan di Politeknik Johor Bahru, Johor Bahru, Johor. Mereka berpengetahuan luas dan terlibat dengan kajian berkaitan pemakanan sihat dan teknologi makanan.

Rahimawati Abdul Rahim

Penulis adalah pensyarah Sains Makanan di Politeknik Johor Bahru, Johor Bahru, Johor. Mereka berpengetahuan luas dan terlibat dengan kajian berkaitan pemakanan sihat dan teknologi makanan.

Nor Hairul Palal

Penulis adalah pensyarah Sains Makanan di Politeknik Johor Bahru, Johor Bahru, Johor. Mereka berpengetahuan luas dan terlibat dengan kajian berkaitan pemakanan sihat dan teknologi makanan.

M.S. Anuar Mahmod

Nissa’ Yusof

MF Kencana

Agus Mustofa

Abdul Mun’im Ibrahim

Emine Uzqan Syenlikoghu

/download/penulis/s65571273845_8977.jpg

Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin.

Jaffar Siddiq

/download/penulis/foto_dyayadi_sosialisasi.jpg

Jaffar Siddiq adalah nama pena Drs. Dyayadi atau Muhammad Jaya. Beliau adalah penulis muda yang produktif. Beliau dilahirkan di Kota Tarakan, Indonesia pada tarikh 28 Julai 1966.    Beliau pernah menghadiri kuliah di Fakulti Ekonomi, University of Mulawarman selama satu semester. Beliau lulus dengan tahap Summa Cum Laude di Makassar pada tahun 1997 dan menyelesaikan Master di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia pada tahun 2000.   Jaffar Siddiq mempunyai hobi membaca dan menulis buku serta puisi. Salah satu kumpulan puisi yang dihasilkan beliau adalah Wasiat Terakhir (Belajar Agama Islam dengan Puisi). Beliau sudah berkahwin dengan Dra. Rusna Paputungan dan dikurniakan dua orang putera iaitu Muhammad Baitul Makmur berumur 13 tahun dan Rizky Ramadani Firdausi berumur 9 tahun.   Walaupun beliau tidak pernah menerima pendidikan agama Islam di pondok mahupun di sekolah menengah agama, beliau tetap mampu menulis banyak buku. Beliau belajar agama secara sendiri daripada buku-buku koleksi peribadi. Beliau juga mempunyai penerbitan sendiri berrnama Qiyas dan Jaya Media di Indonesia.   Buku-buku yang sudah diterbitkan lebih daripada 40 judul. Sebahagian besar buku-buku itu adalah buku-buku perihal agama Islam. Tajuk buku-buku beliau berani, kontroversi dan luarbiasa.

Zulfazlan Jumrah

Rudy Hirdy

Marzuki Bin Mohd Noor

Marzuki Bin Mohd. Noor adalah pendidik di Selangor. Beliau berkelulusan Sarjana Muda(B.A.) Usuluddin(Akidah dan Falsafah) Universiti al-Azhar, Mesir dan Sarjana(M.A.) Pendidikan Islam Universiti Malaya. Beliau aktif yang menghasilkan banyak bacaan di PTS Islamika antaranya Perpaduan Pengurusan Jenazah, Mathurat, Manzil, Koleksi Doa Terpilih daripada al-Quran, Koleksi Terpilih daripada Hadis dan banyak lagi.

Syima Syawal

Muhammad Abdullah

Muhammad Abdullah adalah nama baru dalam dunia komik tempatan. Komik Amin adalah novel grafik pertama beliau.

Resmanshah

Mohd Razali Bin Kamarudin

Imam Musbikin

Zahiruddin Zabidi

Arie S

Sanie B. Kuncoro

Noorfadzillah Omar

Faizatul Azlinda Ahmad Fuad

Faizatul Azlinda Ahmad Fuad adalah pensyarah di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau, Perlis.

Khuzaimah Sulaiman

Khuzaimah Sulaiman adalah Pengetua Cemerlang JUSA C.

Muhammad Rashidi Abdullah

Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah dilahirkan di Kuching,Sarawak pada 22.Dec.1980. Memulakan alam persekolahan di SRK Kg Selampit,Lundu dan seterusnya ke SMK Lundu dalam bahagian Kuching.Memeluk Islam pada tahun 2002 dan mendaftar secara rasminya pada 23.Sept.2003 di M.A.I.Selangor.Kemudian mengikuti pengajian awal dalam bidang agama di Inst.Dakwah Islamiah PERKIM,Kelantan. Seterusnya ke Madrasah Al-Irsyad, Penang, Kuliyyah Pondok Darul Nai’m,Kelantan dan Madrasah Al-Hidayah,Terengganu.  Berasal dari keluarga yang menganuti Kriatian Katolik dan Ibu dan 2 orang abang merupakan penganut yang taat dan mempunyai jawatan dalam Gereja.Beliau sendiri pernah menjadi Pembantu Paderi selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam.Telah Berjaya mengislamkan 13 individu termasuk 1 keluarga sepanjang berdakwah dilapangan dakwah melalui internet,diskusi dan dll.  Kini aktif menyampaikan ceramah,kuliah,membentang kertas kerja,ahli panel forum di jabatan-jabatan kerajaan,badan-badan korporat dan swasta,institusi pendidikan seperti SMK,Universiti dan Institut Latihan,masjid dan surau seluruh Negara,Beliau juga sering dijemput jabatan kerajaan,swasta mahupun institusi pendidikan dan syarikat-syarikat motivasi dan latihan ke program atau kem remaja sebagai penceramah,ketua fasilitator mahupun sebagai Pengarah Program.

Zamri Zainal Abidin

Hj. Zamri Hj. Zainal Abidin terkenal sebagai Penerbit Rancangan Radio IKIM.fm. Beliau menyertai IKIM sejak 2000 sebagai pegawai penterjemah. Beliau juga terlibat sebagai penceramah agama dan motivasi, pembimbing ibadat haji dan Naib Presiden TAMRIN. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 5 orang anak.

Pakdi

Pakdi mula menulis blog sejak 2001. Bermula dengan tema sosio-politik menerusi Pakdi.com. Kemudian, penulisannya mula menjurus ke arah sosio ekonomi khususnya yang berkaitan topik pengurusan kewangan, bisnes, pelaburan dan kewangan Islam. Sewaktu masih belajar di universiti iaitu di sekitar tahun 2005 , Pakdi mengasaskan forum BicaraJutawan.com. Kini forum itu telah diwakafkan untuk manfaat semua yang mahu mengubah keadaan kewangannya menjadi lebih baik. 2009, Pakdi menerbitkan ebook edisi terhad secara percuma bertajuk, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk Mengatasinya.” Lebih 3500 pembaca bertuah blog Pakdi.Net mendapat manfaat daripadanya. Selain menulis, Pakdi juga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan juga pelaburan sama ada untuk orang awam, pelajar universiti, badan kerajaan dan juga syarikat korporat.

Froggypapa

Froggypapa adalah antara pelukis komik yang aktif. Pernah terlibat dengan pembikinan komik Anak-anak Sidek dan bekerja sebagai animator di beberapa buah syarikat animasi. Kini bertugas sebagai pelukis komik sepenuh masa.

Prem

Prem adalah pelukis komik yang serba boleh. Kini bekerja sepenuh masa sebagai animator. Namun komik masih menjadi kegemarannya setiap masa.

Pami

Pami atau lebih mesra dengan nama pena Gemuruh adalah pelukis komik yang aktif. Pernah menerbitkan karya bersama majalah Urban Comics sekitar tahun 2001.

Tan Teck Hwa

Tan Teck Hwa banyak menyumbang komik-komik antologi terbitan Komik-M. Antara komik antologi yang memuatkan karya beliau ialah Aku Kau & Komik, Aku Kau & Bola dan banyak lagi.

Suzanna Md Dahan

Aliff Danial

/download/penulis/Aliff_Danial.jpg

Aliff Danial dilahirkan di Kelantan dan berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang matematik bagi ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Kobe, Jepun. Buat masa sekarang beliau sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah dalam bidang yang menggabungkan matematik, ekonomi dan kewangan Islam. Pada masa yang sama beliau juga sedang menabur bakti untuk anak-anak bangsa sebagai pensyarah matematik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Buat pengetahuan peminat-peminat buku Aliff Danial, beliau dibesarkan dengan buku-buku cerita fantasi dan hikayat-hikayat Melayu. Beliau juga dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat yang diceritakan oleh datuk-datuk, nenek-nenek, ayah dan ibu. Semua cerita ini menghiasi hidup beliau. Cerita-cerita ini juga menjadi motivasi dan teman hidup sepanjang perjalanan beliau. Beliau mempunyai satu cita-cita yang besar iaitu mahukan anak-anak dunia membesar dengan cerita-cerita beliau sepertimana beliau membesar dengan cerita-cerita yang ditulis oleh mereka yang hebat.

A. Fuadi

A.Fuadi lahir di Bayur, kampung kecil di pinggir Danau Maninjau pada tahun 1972, tidak jauh dari kampung Buya Hamka. Fuadi merantau ke Jawa, memenuhi permintaan ibunya supaya masuk ke sekolah agama. Di Pondok Modern Gontor dia bertemu dengan kiai dan ustaz yang diberkahi keikhlasan mengajarkan ilmu kehidupan dan ilmu akhirat. Gontor pula yang membukakan hatinya kepada rumus sederhana tetapi kuat, 'Man Jadda Wajada', siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya. Lulus kuliah Hubungan Internasional, UNPAD, dia menjadi wartawan di akhbar TEMPO. Pada tahun 1998, A. Fuadi mendapat biasiswa Fulbright bagi melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di School of Media and Public Affairs, George Washington University. Tahun 2004, jendela dunia lain terbuka lagi dan dia mendapat pula biasiswa Chevening bagi melanjutkan pelajarannya di Royal Holloway, University of London dalam bidang dokumentari filem.  A.Fuadi bersama isterinya Yayi tinggal di Bintaro, Jakarta.

Adha Ameera

/download/penulis/Adha_Ameera_1.jpg

Haryani Kamilan

Iman Qaisara

Iman Qaisara adalah anak kelahiran negeri jelapang padi, Kedah. Beliau sudah berumahtangga dan dikurniakan seorang anak. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2010 dan cenderung meminati cerita kanak-kanak.

Yati Abdul Rahman

Nazri Kadir

Nazri Kadir, pernah bertugas di salah sebuah bank, kini bertindak sebagai jururunding dalam bidang kewangan. Kepakaran beliau dalam mengadun dunia psikologi dan dunia bisnes menjadikan Berfikir Gaya Trump sebuah karya yang realistik.

Siti Jasmina Ibrahim

/download/penulis/jas2.jpg

Yani Rahma Nugraheni

Yani Rahma Nugraheni lahir di Jogjakarta pada tahun 1991. Pada usia lima tahun, beliau bersekolah di TK Tarbiyatul Atfal Purworejo dan mula mengenali dunia pesantren di PP al-Hanif Purowrejo. Semasa bersekolah peringkat SMA, beliau banyak meraih penghargaan dalam pertandingan menulis karya ilmiah. Kini, beliau sedang menuntut di Fakultas Kedokteran Prodi Kedokteran Gigi di Universitas Muhammadiyah Jogjakarta.

Chef Sara

Chef Nashra

Nazry

/download/penulis/nazri.JPG

Penulis komik ini dilahirkan pada tahun 1984 dan berasal dari Skudai, Johor. Beliau adalah seorang tutor di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Kejuruteraan Elektronik-Telekomunikasi. Sehingga hari ini, penulis berusia 26 tahun ini sudah menulis 4 buah komik, iaitu Aviasi Fantasi #1, Misi 8A, Misi 4 Komikus dan Liga Rahsia. Harapan beliau adalah untuk melihat perubahan pandangan masyarakat terhadap komik, yang pada ketika kerap dikaitkan dengan sesuatu yang negatif. Beliau adalah pengasas dan peneraju kepada persatuan REVgang. Penulis ini boleh dihubungi melalui: E-mel: nazrysalam@hotmail.com Facebook: Nazry Salam Feeqry

Stephen R. Covey

/download/penulis/covey2.jpg

Stephen R. Covey adalah seorang pakar kepimpinan, keluarga, guru, perunding organisasi dan syarikat, serta penulis yang dikenali seluruh dunia. Beliau sudah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada pengajaran cara hidup dan kepimpinan yang berteraskan prinsip kepada institusi keluarga dan organisasi. Beliau lulusan MBA dari Universiti Harvard dan memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Brigham Young, di mana beliau bertugas sebagai profesor pengajian pengurusan perniagaan dan organisasi. Dr. Covey pernah menulis beberapa buku, termasuk bestseller antarabangsa, 7 habits of Highly Effective People, yang dinamakan Buku Bisnes #1 Paling Berpengaruh Dalam Abad Ke-20 dan diakui adalah antara 10 buku pengurusan yang berpengaruh pernah ditulis dalam sejarah. Buku tersebut sudah diterjemah ke dalam 38 bahasa dan terjual lebih 18 juta naskhah di seluruh dunia. Lain-lain bestseller hasil tulisan beliau termasuk The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness, First Things First, Principle-Centered Leadership, 7 habits of Highly Effective Families, Living 7 habits, dan Everyday Greatness, dengan lebih 20 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Sebagai bapa kepada sembilan orang anak, dan datuk kepada 50 orang cucu, beliau turut menerima anugerah Bapa Terbaik Tahun 2003 daripada kesatuan National Fatherhood Initiative. Dan mengikut kata beliau, anugerah itu adalah yang bermakna pernah beliau menangi. Lain-lain anugerah dan penghargaan yang dimenanginya termasuk Anugerah Thomas More College bagi sumbangannya kepada umat manusia, Penceramah Terbaik Tahun 1999 dari National Speakers Association, Anugerah Toastmasters Golden Gavel pada tahun 2004, Anugerah Keamanan Antarabangsa Sikh Tahun 1998, Anugerah Usahawan Terbaik Antarabangsa Tahun 1994, dan Anugerah Pencapaian Hidup Usahawan Kebangsaan bagi bidang kepimpinan. Dr. Covey juga pernah dinamakan majalah Time sebagai salah seorang daripada 25 Orang Amerika Yang Berpengaruh serta pernah menerima lapan ijazah kedoktoran kehormat. Dr. Covey kini bertugas sebagai penolong pengerusi dan adalah antara pengasas syarikat FranklinCovey, sebuah syarikat latihan dan perunding antarabangsa yang khusus dalam bidang pelaksanaan strategi, kesetiaan pelanggan, kepimpinan, dan keberkesanan individu. Visi dan matlamat utama FranklinCovey adalah bagi mengupas kehebatan yang terpendam dalam diri individu, organisasi, serta masyarakat di mana-mana sahaja.

Farihah Iskandar

Yusni Amru Ghazali

/download/penulis/s1225553086_30264041_5453966.jpg

Yusni A. Ghazali, lahir di Ponorogo Jawa Timur pada 12 September 1981. Usai menamatkan pendidikannya di Tebu Ireng, ia melanjutkan kembali belajar di Universitas Islam Negeri Jakarta. Sambil kuliah, aktif belajar menjadi mahasantri di High Institute of Hadith Science Darus-Sunnah Ciputat, yang diasuh oleh Prof. Dr. KH. Ali Mustafa Yakub. Beliau mendapat pendidikan rasmi di Madrasah Tsanawiyah Salafiyah Syafi'iyah Tebu Ireng Jombang, Madrasah Aliyah Salafiyah Syafi'iyah Tebu Ireng Jombang, Institute of Hadith Science Darus-Sunnah Ciputat (Pengasuh, Prof. Dr. Ali Mustafa Ya'kub) seterusnya melanjutkan pengajian ke Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta. Beberapa judul buku yang sudah ia tulis yakni Shalat Lima Waktu Bersama Nabi (penerbit Alifbata), Puasa Sepanjang Tahun Bersama Nabi (penerbit Alifbata), Meraih Keutamaan Sifat Shalat Nabi (penerbit Alifbata), Mukjizat Bersujud di Keheningan Malam (penerbit Alifbata), Mukjizat Tahajud & Subuh (penerbit Grafindo), Shalat Dhuha, Merayu Allah Saat Rezeki Dibagi-bagi (penerbit Grafindo), Terapi Shalat Subuh (penerbit Grafindo), dan Buku Pintar Etika Shalat (Aksara Qalbu). Terbakar Kumandang Azan (Penerbit IIMAN), Shalat Malam Bersama Nabi (Penerbit Zaman, Serambi),

Chef Nazira Noran

Supyan Hussin

Beliau adalah pensyarah Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asiyah Ahmad

M. Hilmi As’ad

M. HILMI AS’AD, nama lengkapnya M. Dzul Hilmi As’ad, lahir pada 13 Mac 1971 di Jombang, Jawa Timur. Masa kecilnya dihabiskan bersama-sama keluarga pesantren di Jombang. Namun, setelah lulus SMPN 2 Jombang, dia melanjutkan pelajaran di Pondok Pesantren al-Falah, Ploso, Kediri. Selepas beberapa tahun di pesantren salafiyah itu, dia melanjutkan pengajian dalam Jurusan BSA (Bahasa dan Sastera Arab) Fakulti Adab IAIN (sekarang UIN) Sunan Kalijaga, Jogjakarta.Buat masa ini dia mengajar di pesantren, yakni Pondok Pesantren Darul Ulum Jombang. Dia sering menulis cerpen, namun hanya terbitan majalah sekolah atau pesantren sahaja. Sedangkan untuk umum, karyanya hanya beberapa kali sahaja dimuat di akhbar tempatan Jogjakarta semasa dia masih menuntut.

Fadal Hassan Abbas

Roza Roslan

/download/penulis/Roza_Roslan.JPG

Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan adalah pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau mendapat Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama. Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Muhammad Rusli Amin

Ustaz Muhammad Rusli Amin lahir di Maluku Utara pada tanggal 30 Disember 1962. Beliau adalah seorang penceramah di Indonesia. Beliau juga adalah seorang pakar motivasi dan penulis yang produktif. Sehingga kini, beliau sudah menulis sebanyak 20 buah buku.

Muhammad Abdullah

Komik berjudul Amin adalah karya pertama Muhammad Abdullah.

Umi Danial

Abdul Hadi Awang

/download/penulis/482px-Hj-hadi39_11.jpg

Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh ulama, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan bekas Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999-2004. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampung Marang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejak ke Sekolah Agama Marang. Selepas tamat pengajian di sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau juga mendapat pendidikan agama, Bahasa Arab dan politik daripada ayahnya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan memperolehi ijazah B.A Syariah seterusnya ijazah M.A di Universiti al-Azhar, Mesir. Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi. Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Mia Arsjad

Ayiemz 01

Pemenang IPCC 2006 anjuran MDEC.

David J. Schwartz, Ph.D.

Adnan. S

Amalia. S

Izanor Sharif

Nurul Zahidah

Masnah Ali

Beliau bersama suaminya, Imran Yusuf adalah sepasang suami isteri yang menjalankan bisnes menjaga budak secara sepenuh masa berlokasikan rumah mereka. Buat Duit dengan Jaga Budak adalah hasil koleksi pengalaman mereka sepanjang melakukan bisnes ini selama beberapa tahun.

Rashidah Rafie Abd Rashid

Biarpun berlatar belakangkan pendidikan undang-undang, perjuangan beliau dalam bidang pengurusan tadika tidak berbelah bagi. Pengalaman beliau memulakan bisnes tadika, menguruskan dan mempertahankan beberapa buah tadika dibukukan di dalam Buat Duit dengan Tadika ini, demi membimbing dan memotivasi pengusaha tadika lain di Malaysia.

Irwan Dahnil

Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelopor pemasaran mobile di Malaysia ini sekarang sedang giat membuat kajian lanjutan dalam pemasaran mobile supaya dapat diamalkan oleh semua lapisan masyarakat, tidak terhad bagi kegunaan bisnes sahaja. Selepas membaca 15 Teknik Efektif Pemasaran SMS, pembaca disaran mengikuti pengajian lanjutan di AkademiSMS.com.

Dale Carnegie

/download/penulis/file:///C:/Users/User/Documents/Downloads/images%20(1).jpg

Dale Breckenridge Carnegie dilahirkan pada 24 November 1888 adalah seorang penulis dan pengajar dari Amerika Serikat dan seorang pelatih serta motivator di pelbagai kursus pembangunan diri, penjualan, kewangan, public speaking dan keterampilan interpersonal. Dilahirkan dari keluarga miskin di pertanian di Missouri, beliau adalah penulis dari buku Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain, yang diterbitkan di tahun 1936. Buku tersebut adalah bestseller di seluruh dunia sehingga kini. Beliau juga menulis biografi Abraham Lincoln, berjudul Lincoln the Unknown, serta beberapa buku yang lain.

Nik Rosila Nik Yaacob

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Chef Hafiza

Hasbullah Abu Bakar

Azilawati Mat Angsar

Sabarudin Hussein

Sabarudin Hussein adalah seorang usahawan, penulis dan penterjemah dan pengkaji sejarah. Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Penterjemah Bahasa Melayu untuk Syarikat Senarai Awam 2004/2005 di Anugerah Citra, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil penulisannya antaranya Buku Ulangtahun ke-50 Bank Rakyat dan Buku Ulangtahun ke-50 Maktab Kerjasama Malaysia.

Mahmood Zuhdi

Noor Naemah Binti Abdul Rahman

Noor naemahProf. Madya Datin Dr. Noor Naemah Binti Abdul Rahman bertugas sebagai Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah AmBank Berhad pada tahun 2005. Beliau memperolehi ijazah B.A. (Hons) Syariah Universiti Malaya, M.A. Syariah University of Jordan dan PhD Metodologi Hukum Islam Universiti Malaya. Beliau juga menghasilkan banyak buku antaranya Biografi Muhammad Bin Abdullah, Tazkirah Untuk Orang Mengaji : Karya Sonhadji, Nazariyyat al-Mafhum Ind al-Usulyyin dan banyak lagi jurnal akademik dan kertas kerja.

Mohamad Fauzi Abdullah

Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan, Padang Serai, Kedah

Anuar Othman

Guru di Sekolah Kebangsaan Jitra, Jitra, Kedah.

Bop

Pelukis ini pernah menerbitkan banyak karya di majalah tempatan. Suka pergi gym ketika masa lapang.

Ard One

Pelukis kelahiran Perak ini pernah berkarya di Majalah Gila-gila, umbra comix dan beberapa majalah tempatan lain. Hobi di masa lapang adalah menunggang motosikal.

Puteri Nor

Ilya Alias

Kartini Nainggolan

Dr. Amin Qudah

Dr. Amin Qudah adalah profesor di Universiti Yarmouk, Jordon. Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan Fakulti Syariah.

Prof. Dr. Huzaemah

Prof Dr Hajah Huzaemah Tahido Yanggo dilahirkan di Donggola, Sulawesi Tengah pada 30 Disember 1946. Beliau memperoleh Ph.D dalam ilmu fiqih perbandingan mahzab dari Universiti al-Azhar di Kaherah Mesir pada tahun 1981 dengan cumlaude. Dia menerima gelaran doktor pada tahun 1984 dalam bidang dan dari universiti yang sama dengan cumlaude juga.

Beliau adalah wanita pertama dari Indonesia yang mendapat Ph.D dari Universiti al-Azhar. Pada hari ini, beliau memegang jawatan Pembantu Dekan I di Fakulti Syariah dah Hukum, Universiti Islam Indonesia (UIN), Pengarah Program Pascasarjana Institut Ilmu al-Quran (IIQ) Jakarta, pensyarah pascasarjana UIN Jakarta, Universiti Muhammadiyah Jakarta dan Universiti Indonesia. Beliau menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa MUI Pusat sejak tahun 1987, menjadi anggota Dewan Syariah Nasional MUI sejak 1997 dan sejak 2000, menjadi ketua MUI Pusat Bidang Pengajian dan Pengembangan Sosial.

Beliau juga adalah anggota Dewan Pengawas Syariah di Bank Niaga Syariah pada tahun 2004 dan Ketua Dewan Pengawas Syariah di Insurans Takaful Great Eastern. Aktif dalam pertubuhan wanita seperti menjadi Ketua Pengurus Besar Persatuan Wanita Islam al-Khairat Pusat di Palu, Sulawesi Tengah sejak 1996, Ketua Pusat Pembelajaran Wanita IAIN Jakarta pada tahun 1994 hingga 1998, anggota POKJA MENUPW dari tahun 1992 hingga 1996 dan menyampaikan ceramah dalam pelbagai seminar berkaitan wanita. Pada tahun 1998, beliau memperoleh penghargaan sebagai salah seorang Tokoh Peningkatan Peranan Wanita daripada Menteri Wanita.

Hasil tulisannya menghiasai banyak majalah dan media masa seperti majalah Ahkam, Harkat, Akrab dan Studia Islamika. Beliau juga mengisi Forum Konsultasi Agama Islam dalam majalah PARAS. Karangannya yang dibukukan dan diterbitkan antara lain adalah, Pandangan Islam tentang Gender, Pengantar Perbandingan Mahzab, Konsep Wanita dalam Pandangan Islam, Fiqih Perempuan Kontemporer, Masail Fiqhiyah: Kajian Fiqih Kontemporer dan buku yang sekarang berada di hadapan anda.

Fuad Sam

Mohd Fuad bin Sam dilahirkan pada 5 November 1963. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaaan Malaysia, Bangi pada tahun 1986. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Majidi Baru selama 5 tahun. Beliau juga adalah bekas pensyarah di Maktab Perguruan Mohd Khalid Johor Baharu. Selain itu, beliau juga menyandang jawatan sebagai ketua pusat sumber di IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka sebelum jawatan terkini beliau sebagai pensyarah di IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu, Johor.

Mohamed Sulaiman Ph.D

/download/penulis/image

Merupakan pensyarah merangkap Ketua Jabatan Pengurusan Bisnes, Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mendapat pendidikan Sarjana Muda Sastera (B.A) dari Universiti Malaya, MBA dari Universiti Catholik Leuven, Belgium dan PhD dari Universiti Wales, Cardiff, U.K.

Dr. Mohammad Ali Toha

Dr. Mohammad Ali Toha Assegaf lahir di Solo pada 10 November 1959. Beliau lulusan dari Fakulti Perubatan Universiti Diponegoro, Semarang pada Julai 1986. Sesudah itu, beliau melanjutkan pelajaran peringkat pascasarjana di Universiti Indonesia, Jakarta, dalam bidang Kajian Pentadbiran Hospital dan tamat pengajian pada Julai 1996. Bagi memperkaya ilmu pengetahuannya, beliau menambah ilmu melalui kursus, bengkel dan seminar dari dalam mahupun luar negara. Antara kursus yang diikutinya adalah perubatan akupunktur, ATLS, ACLS, rawatan Reiki TuMo, perubatan barat dan tradisional, kursus Bahasa Arab dan Inggeris serta kursus perubatan dan pengurusan hospital yang lain. Pengendali Rumah Sihat Afiat ini mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perubatan. Antaranya di Kutai dari 1 Oktober 1986 hingga 3 Mac 1990, di Poliklinik Pekerja Depkes Pusat, Jakarta dari 3 Mac 1990 hingga 20 Oktober 1993, di RS Kanker Dharmais, Jakarta  dari 20 Oktober 1993 hingga 29 Disember 2005 dan di RSUP Persahabatan, Jakarta dari 29 Disember 2005 hingga sekarang). Selain aktif dalam dunia pekerjaan, beliau juga banyak menyumbang dalam pelbagai organisasi lain. Antaranya organisasi pelbagai kumpulan dalam hospital antara tahun 1993 hingga 2005, Pengarah Utama Klinik Pasutri, Jakarta antara 1998 hingga 2000, Ketua Umum Konsortium Indonesia Sihat antara 2001 hingga 2003, pembimbing kolum Sihat Islami dalam Majalah Sabili dari 2006 hingga sekarang, penyumbang bagi Sihat Ala Nabi di Indosat antara 2006 hingga 2007, penyumbang tip SMS Resepi Sihat Afiat dari 2009 hingga sekarang, penyumbang kolum Sihat Islami di Radio Dakta antara tahun 2006 hingga 2008, penyumbang bagi program Smart Healing di Radio RAS FM, Jakarta dari 2007 hingga sekarang, pengasas dan penggerak Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Pengembangan Kesehatan Islami atau LPPPKI dari 2006 hingga sekarang, perumus Herbal Medicine Propoten, ubat stamina semula jadi dan islami, pengendali laman web www.smarthealing.co.id dan pengasas Forum Komuniti Sihat Islami. Mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dapat menghubunginya di Rumah Sihat Afiat, Ruko Griya Cinere 2, JI. Limo Raya No. 3, Cinere, Depok, Jawa Barat ataupun e-mail ke: docmat59@yahoo.com.

Silsoh Khairul

Parlindungan Marpaung

/download/penulis/image

Parlindungan Marpaung, Drs., Psi, MT., MA. lahir di Jambi, Indonesiapada 13 November 1968. Beliau adalah seorang ahli psikologi di dalam bidang industri dan organisasi. Penulis menamatkan pengajiannya dalam bidang Teknik Pengurusan Industri (MT) dan Pelayanan Perkotaan (MA) di Bandung. Sejak berada di universiti lagi, beliau cenderung dalam bidang latihan dan perkembangan, dan masih lagi terus mengasah kemampuannya hingga ke hari ini. Malah, pakar psikologi Profesor Dr. John Nimpoeno, mengatakan dalam salah satu analisisnya, penulis memiliki bakat dan meninggalkan kesan yang mendalam ketika memberi latihan. Dunia latihan dan perkembangan juga membawanya menjadi Ketua bahagian Personel dan Perhubungan Awam (Chief of Personnel and General Affair) di sebuah syarikat perkilangan dan juga sebagai Pelatih (West Regional Trainer) di sebuah syarikat assurance usaha bersama, dan juga sebagai perunding di pelbagai syarikat dan pakar latihan (training specialist) di PT Kereta Api Indonesia (Persero). Berbekalkan pendidikan dan pengalaman itulah, sejak tahun 1993 dengan latihan yang diberikannya beliau membawa banyak perubahan pada syarikat-syarikat seperti farmasi, syarikat tekstil, pakaian, perbankan, universiti, hospital, hiburan, penyiaran, penerbitan, BUMN/BUMD dan juga pemerintah-pemerintah daerah. Jadi, tidaklah keterlaluan sekiranya ribuan orang, khususnya para pekerja dan golongan profesional yang mengikuti latihan yang diberikannya, menggelar penulis sebagai Pelatih yang Memberansangkan (The Inspiring Trainer). Selain daripada menjadi penceramah bagi seminar-seminar dan sebagai pelatih, Parlindungan juga berkecimpung dalam bidang penyiaran iaitu sebagai hos di radio golongan profesional, K-Lite 107.1 FM Bandung dalam rancangan Smart Inspiring (sebuah rangan talkshow yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan peribadi dan syarikat) Parlindungan Marpaung boleh dihubungi di telefon bimbitnya yang bernombor 0812 235 4736 dan tinggal di Bandung, Indonesia bersama isteri serta dua orang buah hatinya, Sephine dan Calvin.

Mahmudin Abdullah

Ibnu Ahmad al-Kurauwi

/download/penulis/image

IBNU AHMAD AL-KURAUWI nama pena bagi Haji Azman bin Haji Ahmad. Lahir pada 21 Januari 1974 di Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak dan kemudiannya berpindah ke sebuah Tanah Rancangan Felda, di Triang Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh Pahang. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Mu’tah Jordan sehingga Lulus Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab pada tahun 1998.  Dalam jagat penulisan beliau pernah menjadi kolumnis Ruangan Agama, majalah Dewan Masyarakat. Cenderung menulis dalam genre karya ilmiah dan karyanya banyak tersiar di Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Dewan Budaya, Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Budaya dan Majalah I. Pernah memenangi tempat kedua pertandingan menulis esei sempena Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Novel pertama beliau, Tinta Elipsis diterbitkan oleh DBP pada 2007. Novel kedua, Insyirah pernah memenangi hadiah pertama Sayembara Menulis Novel Remaja DBP 2007. Kumpulan Cerpen Di Dadanya Kalam Tuhan diterbitkan oleh DBP pada 2009.

Afiq

Pelukis komik ini berasal dari Skudai Johor. Komik pertamanya diterbitkan ketika beliau baru selesai menjalani peperiksaan, PMR.

10 Buku Terkini oleh Penulis Ini