Menghantar manuskrip semudah 1, 2, dan 3.

PTS ONE dan MISI
PTS ONE Sdn Bhd adalah salah satu kumpulan PTS. Fokus kami adalah menerbitkan novel kanak-kanak, remaja dan remaja atasan. Kami mahu memperbanyakkan novel yang berbentuk humor, fantasi, dan sains fiksyen.

CADANGAN TEMA NOVEL

  • Fantasi \
  • Humor
  • Sains Fiksyen
  • Sukan / hobi
    Sekiranya ada tema lain, kami masih menerimanya. smile

PROPOSAL

Langkah 1
Sinopsis. Sinopsis menceritakan keseluruhan idea seringkas mungkin. Sekurang-kurangnya satu muka surat saiz A4. Contoh:

Rasyid seorang kanak-kanak yang obses dengan kartun. Orang tuanya risau dengan keadaan itu kerana Rasyid makin membesar. Keadaan ini menjadi buah mulut dan jadi bahan ejekan kanak-kanak sebaya Rasyid. Suatu hari, ketika pulang dari sekolah, Rasyid bersungguh sungguh memberitahu orang tuanya yang dia menjumpai binatang boleh bercakap. Semua orang tidak percaya kisahnya kerana menganggap itu adalah fantasi kartun Rasyid.

Sebenarnya, apa yang Rasyid jumpa adalah binatang mutasi yang mengaku dia adalah hasil gabungan sperm manusia dan kucing. Makhluk mutasi itu memang kelihatan seperti watak kartun, iaitu Doraemon. Namun, akhirnya hebahan Rasyid terbukti selepas ada orang lain turut terserempak dengan makhluk umpama itu. Berlakulah perang habis-habisan bagi menghapuskan makhluk yang dianggap merbahaya itu. Rasyid tidak setuju dengan tindakan itu kerana makhluk itu comel seperti kartun.
Rasyid membawa lari makhluk itu. Mereka mengembara keliling bandar bagi menyelamatkan makhluk itu daripada ditangkap. Pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang pengembaraan itu. Antaranya:

  • Makhluk itu menyebabkan kesesakan lalulintas
  • Makhluk itu mengagalkan rompakan di kedai runcit
  • Rakan-rakan Rasyid kagum dengan keberanian Rasyid kerana bersama makhluk itu.
  • Mereka berjumpa pencipta watak karekter kartun itu, iaitu seorang pelukis komik.
  • Akhirnya, makhluk itu diterima masyarakat kerana rupa-rupanya, makhluk yang dilihat aneh itu hanyalah manusia terencat akal yang memakai kostum kartun. Orang itu tidak dapat menanggalkan kostumnya kerana dia adalah mangsa buli sekumpulan krew filem.Rasyid pula menjadi semakin matang selepas berhempas pulas melindungi orang yang disangkakan makhluk kartun itu.

P/s: Sinospsis hanyalah lakaran kasar. Tidak semestinya diikut. Namun, bagi pihak penerbit, ia diperlukan bagi memudahkan pihak penerbit mengenalpasti tema cerita penulis. Perubahan cerita ketika menulis adalah perkara biasa. Bagi kami, asalkan tema yang cadangkan tidak lari jauh dari tema asal, ia boleh diterima.

Langkah 2
Contoh Satu bab. Tulis sebahagian novel ilham anda. Format manuskrip di PTS adalah:

Font
Times New Roman
Saiz 12
Line Spacing Double Spacing
Saiz kertas
A4

Langkah 3
Hantar.  Selepas selesai membuat SINOPSIS dan CONTOH SATU BAB.  Hantarlah idea anda itu ke email: .(JavaScript must be enabled to view this email address)

p/s: Syok! Adalah tema novel dewasa. Ia mengutamakan cerita lucu serta mempunyai nilai satira.

 

FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD ( Remaja )

Font Times New Roman
Saiz 12
Line Spacing Double Spacing
Saiz kertas A4
Jumlah muka surat 150-200 muka surat
Watak utama Lelaki / perempuan berusia 13-17 tahun


FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD ( Kanak-kanak )

Font Times New Roman
Saiz 12
Line Spacing Double Spacing
Saiz kertas A4
Jumlah muka surat 150-200 muka surat
Watak Utama Lelaki / perempuan berusia 7- 13 tahun

FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD (Novel Syok!)

Font Times New Roman
Saiz 12
Line Spacing Double Spacing
Saiz kertas A4
Jumlah muka surat 300- 350 muka surat
Watak Utama Lelaki / perempuan berusia 17 ke atas

  • Rafiza Ab Rahman

    Editor Senior

  • Nurul Azura Mohd Tohid

    Editor Perolehan

  • Rasmawati Abdul Muin

    Editor

  • Siti Maryam Ahmad Tajuddin

    Editor

  • Farizun Amrod Saad

    Editor Kreatif