PTS ONE adalah syarikat bersekutu dengan PTS Publishing SDN BHD. Syarikat PTS ONE memulakan langkah sederhana dalam dunia penerbitan buku di Malaysia. Asas penubuhan PTS ONE daripada semangat beberapa anak muda. Tahun 2005 di Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur, menyaksikan kelahiran bukan sahaja sebuah syarikat, tetapi sebuah jiwa yang sayangkan dunia buku Malaysia.

PTS ONE tidak menoleh ke belakang lagi. Sejak hari itu, fokus PTS ONE semakin jelas. Laut biru yang belum diterokai menjadi medan penjelajahan tenaga dan jiwa dalam PTS ONE. Menjelang tahun 2007, PTS ONE berjaya mempopularkan kembali dunia buku-buku remaja dan menjadi tunggak bagi genre berkaitan.

Kini, produk PTS ONE terdiri daripada:

  • Novel Kanak-kanak
  • Novel Remaja
  • Novel Syok ( chiclit )
  • Buku hadiah

Misi PTS ONE tidak terhenti setakat ini sahaja. Dengan izin Tuhan, berkat kesungguhan jiwa-jiwa penggerak PTS ONE dan sokongan pembaca, medan ini bakal menjadi sesuatu yang menghiburkan tetapi dalam pada masa yang sama memajukan negara.

Teruskan menyokong kami!

  • Rafiza Ab Rahman

    Editor Senior

  • Nurul Azura Mohd Tohid

    Editor Perolehan

  • Rasmawati Abdul Muin

    Editor

  • Siti Maryam Ahmad Tajuddin

    Editor

  • Farizun Amrod Saad

    Editor Kreatif