Mazlia 08 October 2009

Hai kawan-kawan.

Selamat Hari Raya!

Jadi, bagaimana dengan raya kawan-kawan? Meriah? Pakai baju baharu? Makan apa? Ketupat? Lemang? Rendang?

Bagaimana pula dengan duit raya? Dapat duit raya yang banyak? Oh, ya, sudah baca Remaja@PTS One 2009? Selamat Hari Raya The Silver?

Kawan-kawan yang sudah selesai UPSR tentu seronok beraya. Yang akan menduduki PMR pula jangan stres-stres okey! Kami di PTS One mengucapkan selamat berjaya dan semoga dipermudahkan menjawab soalan-soalan PMR nanti. Okey?

Baiklah, kami sebenarnya mahu mengumumkan berita yang sangat gembira untuk kawan-kawan!

Hujung tahun kembali lagi! Cuti sekolah tahun ini agak berbeza. Mengapa ya?

Sebabnya... jeng...jeng...jeng....

1. Sarah dan Senduk karya Ezee Rahmani sudah berada di pasaran.

2. Siri baharu - Rayyan VS Naznin- Sejak Bila Kami Berkawan karya Ainin Naufal juga sudah berada di pasaran.

3. Banyak lagi buku yang sudah berada di pasaran termasuklah Dunia Sains Aiman- Harta Karun, Tawanan Mimpi - Misi Lembah Merah, Mengejar Matahari, Sekolah Bakat, Ikan Tawar untuk Lego dan sebagainya. Kawan-kawan boleh rujuk di bahagian buku terkini untuk mengetahui senarai buku terkini.

Itu sahajakah?

Tidak sama sekali!

Psstt.... dengar cerita ada buku yang ditunggu-tunggu yang keluar semasa cuti sekolah nanti! Buku apa ya?

Khabarnya, Kak Yayah sudah hantar manuskrip. Jadi, adakah ini bermakna DEAR YAYAH akan kembali? Betulkah? Tunggu!

Eh, MELAH MELIA pun ada?

Oh, SAYALAH PUTERA MAHKOTA pun ada?

TEMPAT PERTAMA? Sambungan Tempat Kedua? Betulkah ini?

Banyaknya! Eh nanti! Bagaimana pula dengan buku Ain Maisarah? Ada ataupun tidak? 

Jawapannya... tunggu!

Apa lagi? Simpanlah duit raya kawan-kawan bagi mendapatkan judul-judul best-seller ini.

Dari semasa ke semasa, kami akan mengumumkan perkembangan berkenaan judul-judul ini. Jangan ketinggalan!

Eh, nanti. Ada lagi pengumuman penting! Jeng...jeng...jeng...

Mengumumkan peraduan yang penting yang perlu disertai oleh kawan-kawan! Peraduan apa?

Ya, kawan-kawan, PTS julung-julung kalinya menganjurkan PERADUAN SAYA MAHU HADIAH PTS.

Bagaimana mahu menyertai peraduan ini? Apa hadiahnya? Nantikan entri terbaharu daripada kami! Lalalala~

 


.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  15/10/09  at  10:14 PM

wah3..
buku kak Ain,Kak AInin dengan kak Yayah pun adee??
ser0n0knyaa…
tapi3..
Habisla duet raye macam ni..huhu

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  29/10/09  at  11:57 PM

best gilerr semua buku keluaran pts

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/02/10  at  10:31 AM

hi semua… saya sangat suka baca buku dari PTS one..hampir setiap bulan saya kumpul duit untuk beli buku2..saya ada dua dunia, dunia jam 10, saya mahu teman tapi mesra, sekolah bakat dan yang terbaru REMAJA @ PTSOne 2009.. saya paling suka bab yabg bertajuk Hari Raya Untuk Kita, Ayah dan Ibu karya Baharuddin Bekri.. tahniah.. semoga PTSOne keluarkan banyak best2 tau..bye

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/02/10  at  09:25 AM

hi.. kakaka2 abang2 bleh x saya naktanya mcm mana nak dapatkan buku edisi lepas seperti remaja@ptsone 2007&2008;.. sya amat berterima kasih klu abang atau kakak menjawbkan soalan saya…tq

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below:


Klik bagi mendengar iklan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang di radio HotFM
Aktiviti
Pesanan Anda