Mazlia 26 October 2009

Hai semua! Ingat lagi PTS One ada menguar-uarkan berkenaan peraduan anjuran PTS?

Teruja mahu menyertainya? Tidak tahu bagaimana?

Di bawah adalah pengumuman daripada pihak pemasaran PTS. Selamat membaca!

 

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Selamat datang ke laman mikro Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! Saya pasti ramai yang teruja dengan peraduan yang bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010 nanti. Apa tidaknya, pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang.

Peraduan ini disasarkan kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah. Ia juga terbuka kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini bermaknanya, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini.

PTS berharap program seumpama ini dapat menggalakkan khususnya para pelajar dan remaja menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah. Peraduan yang julung-julung kali dianjurkan oleh PTS ini bakal menjadi acara tahunan setiap kali tibanya musim cuti sekolah hujung tahun.

Banyak hadiah menarik disediakan untuk para pemenang. Saya pasti golongan sasar iaitu pelajar dan remaja menyukainya. Antara hadiah yang menanti mereka ialah telefon bimbit jenama Nokia dan Sony Ericson, PSP, PS2, iPod, Nintendo, kamera digital, netbook, dan lain-lain. Selain itu, setiap pemenang hadiah mingguan turut akan menerima buku-buku terbitan PTS bernilai RM100 setiap seorang.

Bagi pemenang hadiah utama pula, mereka bakal menerima hadiah berupa barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000. Apa yang menarik, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.

PTS turut menyediakan hadiah mingguan khusus kepada sekolah yang menang penyertaan pelajar sekolah paling ramai setiap minggu. Hadiahnya berupa buku PTS bernilai RM3,000. Sekolah yang memenangi hadiah ini bolehlah menjadikan hadiah buku itu sebahagian daripada koleksi buku di perpustakaan sekolah buat bacaan para pelajar.

Peraduan yang dianjurkan ini cukup mudah untuk anda sertai. Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.

Selepas itu, apa lagi…masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian.

Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang! ini mendapat kerjasama daripada lebih 200 kedai buku seluruh Malaysia. Jadi kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mempunyai anak-anak, jangan lepaskan peluang ini dengan membawa anak-anak ke kedai-kedai buku berhampiran bagi membeli buku PTS.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila klik butang-butang berkaitan pada laman mikro ini. Anda juga boleh mengajukan sebarang soalan mengenai peraduan ini dengan mengklik butang ‘Hubungi’.

Selamat membaca pada musim cuti sekolah dan selamat menyertai Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang!

Terima kasih.


NORHAZIZAM ABDUL RAHMAN
Pengurus
Jabatan Pemasaran
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

 

Wah, hebat sungguh ucapan Puan Nor daripada Jabatan Pemasaran PTS. Tentu kawan-kawan tidak sabar mahu sertai bukan? Apa tunggu lagi? Dapatkan maklumat lanjut di:

SAYA MAHU HADIAH PTS

Selamat menyertai peraduan ini! Sekiranya memang, jangan lupakan kami di PTS One. :) Yalah, kasihan kami, tidak dapat turut serta. :) Kami hanya mampu menyokong kawan-kawan dari belakang. Jadi jangan lupa beli buku-buku PTS One sebanyak RM25 dalam satu resit, dapatkan borang peraduan, cipta slogan menarik dan sertailah peraduan ini! Berusaha!

 

 

 

 


.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/11/09  at  10:11 AM

saya dah hantar borang lekatkan setem buku di borang pts one kenapa tak ada balasan ye???????

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  13/11/09  at  08:52 PM

contoh nye mcm mane buku komik-m….?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  18/01/10  at  09:36 PM

sy nk tanya knp sesetgh buku saja yg ada penanda buku kt blkg???

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below:


Klik bagi mendengar iklan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang di radio HotFM
Aktiviti
Pesanan Anda