Rafiza
26 October 2009 Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Ya betul! Sekarang Alina sudah tidak sentiasa berada di tempat kedua lagi. Dia sudah dapat mengatasi kakaknya, Alisa. Tetapi dia dapat tempat pertama dalam perkara-perkara yang membuat emak dan ayahnya pening kepala. Apa pula yang Alina buat? Adakah Alisa berdiam diri sahaja melihat adiknya dapat mengatasi pencapaiannya?
Okey... apa pendapat adik-adik dengan kenyataan di atas?
A. Bagus
B. Tidak bagus
C. Bagus dan tidak bagus
Sebenarnya itu adalah sinopsis bagi buku Tempat Pertama? Eh! Tempat Pertama? Sebelum ini Tempat Kedua? Mengapa kedua dahulu baru pertama? Wah! Banyaknya soalan. Okey ini adalah sambungan bagi buku Tempat Kedua? Nampaknya Alisa dan Alina masih belum puas bergaduh lagi. Mereka masih berebut tempat pertama. Cuma kali ini pertandingan yang mereka anjurkan lebih mencabar sehingga hampir meragut nyawa. Wah! Bahaya sungguh. Mahu tahu kisah selanjutnya, dapatkan buku ini di pasaran pada awal November nanti.

Saya dah beli buku ni… Memang bagus sangat.. I like it…