husna
30 November 2009 Hai kawan-kawan!
Bagaimana dengan cuti raya Aidil Adha yang lalu? Pasti banyak aktiviti menarik yang dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan lain, bukan?
Kami di PTS One juga sangat gembira, tetapi bukan kerana cuti raya Aidil Adha sahaja.
Ini kerana, kami sudah dapat mempersembahkan kepada kawan-kawan, siri terbaru Dear Yayah iaitu…
‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’. HORE! \(^o^)/
![]()
Akhirnya, terbit juga siri kelima Dear Yayah tulisan Kak Farihah Iskandar ini.
Ha, apa pula yang berlaku pada watak-watak kesayangan kawan-kawan dalam ‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’?
Jihan dan Suria terbang ke Eau Claire bagi menyambung pengajiannya. Sepanjang di luar negara, pelbagai pengalaman menarik dialami oleh mereka, antaranya bermain salji, memetik buah epal dan mempunyai keluarga angkat yang berlainan agama. Bagaimana mereka berdua mengharungi hidup yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan tersayang? Bagaimana persahabatan jarak jauh antara Jihan dan Hazman? Bagaimana pula Suria dan Khairi? Bagaimana dengan rakan-rakan di Malaysia?
Wah! Menarik, bukan?
Malah, buku ‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’ didatangkan khas bersama penanda buku istimewa, khas buat semua peminat Dear Yayah!
Kami pasti ramai peminat siri ini di luar sana tidak sabar mahu memiliki siri terbaru Dear Yayah!
Jangan ketinggalan!
sy suke citer dear yayah nie..sy kumpul bku nie dr siri pertama smpai empat..x sabar nak beli yg kelima punye..sy ske karya farihah iskandar..keep it up..^_^
says: saya minat buku ni… kat rumah saya ada buku siri 1-4… Jika saya nak dapatkan yg terbaru…. T.Q.
Salam..
besh sangat buku dear yayah yang terbaru nih.!! sangat seronok ..tahniah kak farihah,jalan cerita sangat menarik dan tampak hidup.!! Kisah Jihan dan kwn2 yg best sangat!!!
mcm mna kalau sy nak bca trus lam nie.. blh tak?? plzz…..
syok btul dear yayah yg terbaru ni.rugi klau x beli…
hai kak farihah…terima kasih kerana menerbitkan buku dear yayah edisi ke-5..buat pengetahuan akak,saya dah ada koleksi dear yayah 1-4…rasanya dah lebih 5 kali saya baca semula buku-buku tu…langsung tak jemu…apapun,semoga akak terus maju jaya..assalamualaikum…
mmg nak bli tp bila da sampai kedai buku..rambang mata..dkat 1 jam plih novel saja..
Salam, saya dah baca buku ni… seriously, memang best karya k.farihah kali ni dengan penanda buku yang best dan isi kandungan yang berwarna-warni