Nisa
09 March 2010
Hai adik-adik. Salam perkenalan daripada Kak Nisa 
Kak Nisa mahu memperkenalkan produk baharu di bawah naungan PTS One Sdn. Bhd. iaitu PTS One Kids.
Apa itu PTS One Kids?
PTS One Kids adalah buku berilustrasi dan berwarna untuk kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Adik-adik masih ingat buku Bacakan Saya Satu Cerita? Ia adalah produk buku berilustrasi dan berwarna terawal selain daripada Islam for Kids yang juga terbitan PTS One. Dengan terbitnya karya ini, PTS One memanjangkan lagi langkah memasuki pasaran buku kanak-kanak di samping menyediakan pelbagai bahan bacaan yang menarik dan bermanfaat untuk adik-adik, bahkan menjadi peneman setia adik-adik di kala suka dan duka.
Sebagai permulaan, PTS One Kids menyajikan adik-adik dengan dua buku pertama iaitu Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan dan Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu. Kedua-dua buku ini dijangka terbit pada hujung Mac 2010 ini.
Kak Nisa harap dengan kehadiran buku ini dapat menceriakan hidup adik-adik. Nantikan kemunculannya. Selamat membaca 
![]()
![]()