husna 30 November 2009

Hai kawan-kawan!

Bagaimana dengan cuti raya Aidil Adha yang lalu? Pasti banyak aktiviti menarik yang dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan lain, bukan?

Kami di PTS One juga sangat gembira, tetapi bukan kerana cuti raya Aidil Adha sahaja.

Ini kerana, kami sudah dapat mempersembahkan kepada kawan-kawan, siri terbaru Dear Yayah iaitu…

Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’.  HORE!  \(^o^)/

Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!

Akhirnya, terbit juga siri kelima Dear Yayah tulisan Kak Farihah Iskandar ini.

Ha, apa pula yang berlaku pada watak-watak kesayangan kawan-kawan dalam ‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’?

Jihan dan Suria terbang ke Eau Claire bagi menyambung pengajiannya. Sepanjang di luar negara, pelbagai pengalaman menarik dialami oleh mereka, antaranya bermain salji, memetik buah epal dan mempunyai keluarga angkat yang berlainan agama. Bagaimana mereka berdua mengharungi hidup yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan tersayang? Bagaimana persahabatan jarak jauh antara Jihan dan Hazman? Bagaimana pula Suria dan Khairi? Bagaimana dengan rakan-rakan di Malaysia?

Wah! Menarik, bukan?

Malah, buku ‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’ didatangkan khas bersama penanda buku istimewa, khas buat semua peminat Dear Yayah!

Kami pasti ramai peminat siri ini di luar sana tidak sabar mahu memiliki siri terbaru Dear Yayah!

Jangan ketinggalan!


adilah  on  05/12/09  at  08:21 PM

saya suka siri dear yaya..semuanya menarik!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  14/12/09  at  03:12 AM

novel pts one mmg best…..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  16/12/09  at  04:55 PM

salam..bagaimana mahu mendapatkan siri2 DEAR YAYAH yg lama?

suraya  on  16/12/09  at  09:42 PM

buku ni dah ada dipasaran ke blum??? tak prnh nmpk pun…

PTS One  on  22/12/09  at  04:18 PM

Salam kawan-kawan!

Terima kasih kerana menyokong PTS One!

Sekiranya mahu memiliki buku-buku Dear Yayah yang terdahulu, boleh dibeli di semua rangkai MPH, Popular dan kedai-kedai buku terpilih. Juga boleh membeli secara online di http://www.bookcafe.com.my/.

Buku Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire! ini sudah berada di pasaran. Tetapi belum di semua cawangan kerana masih dalam proses edaran. Kelak apabila sudah ada, jangan lupa memilikinya! (^_^)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  23/12/09  at  10:44 PM

wahh!!x sabo nye nak beli dear yayah yg t’baru nie..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  27/12/09  at  02:27 PM

saya minat giler ngan novel dear yayah . hari tu saya nak beli kat kedai popular novel dear yayah yang terbaru tu . tpi duit x der . hehehe

Mega_lisa  on  28/12/09  at  11:23 AM

bila nak publish ni? atau dah publish??

Page 1 of 3 pages  1 2 3 >

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below:


Klik bagi mendengar iklan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang di radio HotFM
Aktiviti
Pesanan Anda