husna
30 November 2009 Hai kawan-kawan!
Bagaimana dengan cuti raya Aidil Adha yang lalu? Pasti banyak aktiviti menarik yang dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan lain, bukan?
Kami di PTS One juga sangat gembira, tetapi bukan kerana cuti raya Aidil Adha sahaja.
Ini kerana, kami sudah dapat mempersembahkan kepada kawan-kawan, siri terbaru Dear Yayah iaitu…
‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’. HORE! \(^o^)/
![]()
Akhirnya, terbit juga siri kelima Dear Yayah tulisan Kak Farihah Iskandar ini.
Ha, apa pula yang berlaku pada watak-watak kesayangan kawan-kawan dalam ‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’?
Jihan dan Suria terbang ke Eau Claire bagi menyambung pengajiannya. Sepanjang di luar negara, pelbagai pengalaman menarik dialami oleh mereka, antaranya bermain salji, memetik buah epal dan mempunyai keluarga angkat yang berlainan agama. Bagaimana mereka berdua mengharungi hidup yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan tersayang? Bagaimana persahabatan jarak jauh antara Jihan dan Hazman? Bagaimana pula Suria dan Khairi? Bagaimana dengan rakan-rakan di Malaysia?
Wah! Menarik, bukan?
Malah, buku ‘Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!’ didatangkan khas bersama penanda buku istimewa, khas buat semua peminat Dear Yayah!
Kami pasti ramai peminat siri ini di luar sana tidak sabar mahu memiliki siri terbaru Dear Yayah!
Jangan ketinggalan!
ptsone is da best among da best…..
hidup dear yayah!!!
DEAR YAYAH IS DA BEST!!!!saya ad koleksi dear yayah 1-5..
dear yayah merupakan salah satu drpd koleksi novel yang plg saye sayang..kak farihah,ad sambungan lg x???wat la sambungan ek…novel ni BEST GILER!!!!
ada dijaul tak di syarikat muda osman?
smua hasil karya penerbitan ptsone syok habisss!!!
dear yayah da best