Diskaun Setinggi 30%* Hanya di Booth PTS Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Oleh : Nisa |25 March 2011 | Komen Diterima:2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan, Kami di PTS doakan tuan dan puan semua sihat walafiat.

Tahukah tuan dan puan bila tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011? Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Sebagaimana biasa, PTS selaku Penerbit Buku Melayu Tersohor Malaysia pasti turut serta dalam pesta buku ini kerana inilah peluang bagi PTS bertemu dengan para peminat kami secara langsung. Lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah bagi dikunjungi iaitu di Dewan Tun Hussein Onn, (berhadapan pentas utama).

Klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS! Tahun ini kami menawarkan diskaun setinggi 30% kepada pembeli buku PTS yang membeli menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Jadi ayuh borong buku PTS di PBAKL 2011.

Klik di sinibagi mendapatkan kupon itu! Tahun ini juga ada lebih daripada 40 judul buku baru PTS yang akan disajikan kepada tuan dan puan di PBAKL 2011.

Jadilah orang pertama memiliki buku-buku baru ini pada harga diskaun istimewa.

Klik di sini bagi melihat senarai buku baru!

Apa lagi yang menarik di booth PTS kali ini:

1. Kaunter bayaran: PTS menyediakan 5 kaunter bayaran. Ini termasuklah 1 'Kaunter Ekspres' bagi tuan dan puan yang membeli 5 naskhah buku ke bawah secara tunai. Jadi tuan dan puan tidak perlu risau beratur panjang di booth PTS nanti.

2. VISA & Mastercard: Bagi tuan dan puan yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, tuan dan puan boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus.

3. Buku: Sekurang-kurangnya 1,200 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, resipi, motivasi, bisnes, novel islami, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.

4. Diskaun: Diskaun standard yang diberikan adalah 15%. Nikmati diskaun setinggi 30% dengan menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS (klik di sini). Bagi rombongan pelajar berbaju sekolah, diskaun yang diberikan ialah 25%.

5. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di sini bagi melihat jadual aktiviti PBAKL 2011.

6. Buku percuma: Bagi 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari, tuan dan puan akan dihadiahkan senaskhah buku percuma terbitan PTS.

7. Buku percuma untuk fan Facebook PTS: Bagi tuan dan puan yang menjadi fan facebook PTS di facebook.com/bukupts, ada hadiah buku percuma buat tuan dan puan apabila berkunjung ke booth PTS nanti. Nantikan mesej khas kami menjengah inbox facebook tuan dan puan.

8. Hamper percuma: Bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas (selepas diskaun) setiap hari, ada hadiah hamper percuma bernilai RM50 menanti tuan dan puan. 9. Beg percuma: Bagi pembelian buku melebihi RM150 (selepas diskaun) dalam satu resit, tuan dan puan akan dihadiahkan satu non-wooven bag berlogo PTS yang cantik.

10. Bookmark percuma: Ada 18 desain bookmark PTS yang kami sediakan. Tuan dan puan boleh pilih bookmark yang disukai. Kami mencetak 54,000 keping bookmark kali ini. Bagi tuan dan puan yang berminat meletakkan web banner di blog ataupun laman web masing-masing bagi mempromosikan PTS di PBAKL 2011, klik di sini bagi mendaftar dan melihat syarat. Tuan dan puan akan nikmati diskaun 25% apabila membeli buku PTS nanti PBAKL.

Apa perasaan tuan dan puan apabila melihat pelbagai tawaran dan kemudahan yang kami sediakan di booth PTS kali ini?

Jadi pastikan datang awal ke booth kami seperti di bawah:

PTS @ PBAKL 2011 Tarikh: 22 April - 1 Mei Tempat: C01-C12, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis) 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)

Terima kasih kerana sentiasa menyokong PTS dalam usaha kami memartabatkan bahasa Melayu melalui penerbitan buku. Jangan lupa uar-uarkan makluman ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara tuan dan puan supaya mereka beramai-ramai datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 nanti. Lawati laman mikro PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 bagi mengetahui maklumat lengkap dan terkini diwww.pts.com.my/pestabuku. Jumpa tuan dan puan di sana! * Kadar diskaun tertakluk pada terma & syarat

Empat Buku Pak Rejab F.I. Diberi Nafas Baru

Oleh : Nisa |20 January 2011 | Komen Diterima:1

  

Empat judul Pak Rejab yang diberi nafas baru adalah:

1. Awang Selamat Menabur Bakti.

2. Kolam Rahsia

3. Lima Penyiasat Muda

4. Sesat dalam Cahaya

 

Nama sebenar beliau adalah Rejab bin Ismail. Beliau dikenali sebagai Rejab F.I. Dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941.

KEGIATAN PENULISAN

1. Mula menulis pada tahun 1960.

2. Menulis semua genre sastera:  Novel (dewasa, remaja, kanak-kanak); cerpen, puisi, drama (radio, pentas, televisyen), cerita rakyat, esei/makalah/rencana.

3. Hasil-hasil penulisan:

3.1. Novel (dewasa, remaja dan kanak-kanak) berjumlah 106 judul. Novel ‘Noktah Sebuah Perhentian’ pernah dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 5.  Novel ‘Dosa Telah Berampun’ (novel remaja) dan ‘Pertaruhan Wang Emas’ (cerita rakyat/klasik) dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 3.

3.2. 20 judul antologi cerpen.

3.3. 3 judul antologi puisi.

3.4. Sebuah antologi drama.

3.5. Buku Kesenian dan Kebudayaan 2 buah.

3.6. Karya eceran yang telah diterbitkan dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen tempatan:

3.6.1. 184 judul cerpen

3.6.2. 254 judul puisi

3.6.3. 294 judul rencana/esei

3.6.4. 20 judul drama radio

3.5.5. 15 judul drama televisyen

3.5.6. 4 judul drama pentas.
 
Drama televisyen ‘Titian Rapuh’ (RTM ) di antara 10 drama terbaik 1982, ‘Gelora Impian’ (Tv3) diantara 10 drama terbaik 1994.
   
3.7. Terjemahan:  Puisi dan cerpen diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia dan China.  Cerita kanak-kanak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan China.

3.8. Cerpen dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Cerpen ‘Sebuah Kampung di Daerah Pendalaman’ (1970), ‘Suatu Subuh Yang Bening’ (1980) dan ‘Memori Kehidupan’ (1989).

3.9. Puisi dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia:‘Antara Dua Jurang’ (1971), ‘Peladang’ (1971) dan ‘Lagu Anak Di Permatang’ (1971).

3.10. Tiga judul puisi dipilih memenangi pertandingan lagu puisi 1998, 1999, 2000

3.11. Ceramah:  Sering memberi ceramah penulisan cerpen, puisi,  cerita rakyat, drama radio dan televisyen kepada penulis-penulis baru (melalui persatuan-persatuan penulis Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

3.12. Hakim: Sering dijemput menjadi hakim sayembara deklama- Puisi Hari Kebangsaan, dan sekolah-sekolah.  Hakim pertandingan pidato, perbahasan dan kuiz.

3.13. Deklamasi puisi:  Sering dijemput mendeklamasi puisi di sekolah-sekolah, maktab dan universiti.

ANUGERAH

1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 1974 daripada kerajaan negeri Perlis.

2. Pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP) 1987 daripada kerajaan negeri Perlis.

3. Pingat Jasa Baik (Pengakap)  1975 daripada Pesuruhjaya Pengakap Negara (Malaysia).

4. Pengat Setia Mahkota Perlis (SMP) 2002 daripada DYMM Tuanku Raja Perlis.

5. Pingat Jasa Cemerlang (PC) 2005 daripada Yayasan Tuanku Syed Putera, Perlis.

6.. Tokoh Penulis Perlis 2001 daripada Persatuan Penulis Perlis (3P).


HADIAH SASTERA

1. Hadiah Sastera Nasional 1971 - tiga buah puisi

2. Hadiah Sastera Nasional 1972 - sebuah puisi

3. Hadiah Sastera Esso - GAPENA 1985 - sebuah cerpen

4. Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank (puisi/cerpen)1994, 1995, 1996, 1997, 1999.

Petikan Akhbar: Ain Maisarah Kecapi Kejayaan Hasil Gabungan Bakat, Bijak Pikat Peminat

Oleh : Nisa |03 January 2011 | Komen Diterima:1

Bilangan peminat setianya di laman Facebook saja hampir mencecah 40,000 orang manakala pengikut blognya pula kira-kira 25,000 orang. Bukan calang-calang orang mampu mengumpulkan pengaruh seramai itu jika mereka bukan bergelar ahli politik, artis hiburan atau blogger popular. Namun, inilah pencapaian novelis wanita popular, Ain Maisarah Daliman, 29.

Sejak tahun pertama menyertai arena penulisan kira-kira tiga tahun lalu, kehadiran Ain Maisarah sudah memberi impak. Mungkin disebabkan konsep karya penulisannya berbeza dengan karya sedia ada. Gaya penulisan bersahaja dengan tema cerita yang dekat dengan jiwa remaja masa kini membuatkan novel pertamanya berjudul 'Aku Mahu Popular' mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak sembilan kali.

Naskhah berkisar kehidupan remaja di Sekolah Sri Bangsar yang mahu popular seperti kumpulan pelajar perempuan paling masyhur di sekolah itu menarik perhatian pembaca muda yang terus setia mengikuti perkembangan cerita yang diterbitkan dalam siri Aku Mahu, antaranya Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Teman Tapi Mesra, Aku Mahu Buli, Aku Mahu Ke New York dan sebagainya.

Hebatnya penangan Ain Maisarah sehinggakan 18 novel tulisannya (baik secara solo dan kolaborasi) sudah dipasarkan dengan hasil jualan difahamkan setakat ini sudah mencecah kira-kira RM5 juta!

Ketika menyelami isi hati penulis muda ini, Ain Maisarah mengakui kerjaya penulis sepenuh bukanlah cita-cita asal, sebaliknya pendidik yang menjadi pilihan. Malah, graduan Ijazah Sarjana Muda TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) Universiti Darul Iman itu berkata, semuanya bermula apabila berpeluang menulis cerpen bagi isi kandungan langganan telefon bimbit sebuah syarikat telekomunikasi tempatan sewaktu di tahun akhir pengajian.

Bayaran agak lumayan bagi cerpen 14 muka surat dan muat turun yang boleh dikatakan tinggi daripada pengguna talian komunikasi berkenaan, sedikit sebanyak membuka minatnya bergiat lebih serius sebagai novelis.
Walaupun menerima pengiktirafan pelajar terbaik TESL, Ain Maisarah tidak meneruskan cita-cita asal enjadi pendidik sebaliknya mengambil keputusan bergelar novelis sepenuh masa. Pilihannya atas dorongan suami yang juga pengurus kerjayanya, Syaizul Amal Zulkaffli, 33, yang melihat potensi Ain Maisarah untuk diketengahkan sebagai novelis berpengaruh.

"Saya membuat perjanjian persefahaman dengan suami, kalau percubaan saya dalam bidang penulisan novel tidak menampakkan hasil, saya akan kembali kepada kerjaya sebagai pendidik," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sudah tertulis rezeki Ain Maisarah dalam bidang penulisan dan usahanya menampakkan hasil apabila tiga novel pertamanya menerima royalti mencecah RM80,000.

"Saya fikir, mengapa tidak saya teruskan saja kerjaya yang fleksibel ini, menulis dari rumah dan menerima anggaran pendapatan seperti pengurus," katanya.

Kejayaan dalam tempoh singkat dikecapi Ain Maisarah bukan sekadar bersandarkan kisah novel tulisannya itu tetapi strategi perniagaan dan prinsip diamalkan bersama suami yang sebegitu serius dalam kerjaya sebagai novelis.

Mereka menganggap bidang penulisan ini sebagai suatu perniagaan dan produk utamanya adalah novel yang seharusnya dipasarkan secara serius dan berterusan. Malah nama Ain Maisarah itu turut dijadikan suatu jenama dan mereka giat membuat inovasi, memperkembangkan variasi produk, meluaskan pasaran dan memanfaatkan pelbagai platform bagi tujuan promosi.

Buktinya, daripada hanya novel remaja, Ain Maisarah berjaya mewujudkan komuniti remaja secara online yang aktif. Sekolah ciptaannya seperti dalam siri Aku Mahu iaitu Sekolah Sri Bangsar (SSB) ditubuhkan secara online sudah pun menerima pendaftaran kira-kira lebih 20,000 'pelajar' yang menjadikan laman web ini sebagai ruang berinteraksi, sama ada berbincang mengenai cerita novel Ain Maisarah ataupun berbual dan bertukar pandangan mengenai isu berkaitan kehidupan masing-masing sebagai remaja. Peminat juga boleh mendapatkan cenderahati seperti pin lencana, buku tulis, rantai kunci dan buletin SSB.

Kemesraan hubungan Ain Maisarah dan peminatnya ibarat satu jambatan yang merancakkan lagi popularitinya. Selain berinteraksi secara aktif menerusi laman Facebook Ain Maisarah Novelis dan blog ainmaisarah.blogspot.com, beliau juga rajin menemui peminatnya di pesta atau pameran buku serta di sekolah.

"Saya menjelajah dari sekolah ke sekolah untuk bersua lebih dekat dengan pembaca dan pelajar lain. Ia bukan sekadar strategi pemasaran dan promosi, tetapi memberi peluang mendekati peminat.

"Tahun lalu saja, saya mengunjungi 53 buah sekolah, bercerita mengenai kerjaya Ain Maisarah kepada pelajar di perhimpunan serta memberi bengkel penulisan secara percuma kepada mereka," katanya.

Bagi memperluaskan sasaran pembaca kepada kumpulan yang lebih dewasa, Ain Maisarah tampil dengan idea menerbitkan siri Impiana yang menampilkan kehidupan beberapa karakter remaja dalam siri Aku Mahu apabila mereka dewasa, menempuh alam percintaan, mencari pasangan hidup serta menjalani alam rumah tangga.

Idam jutawan muda

"SAYA mahu buktikan kepada masyarakat kerjaya sebagai penulis juga mampu memberi pendapatan lumayan dan mampu bergelar jutawan seperti mana penulis tersohor di luar negara."

Ringkas tapi mendalam kata-kata diluahkan Ain Maisarah bagi menunjukkan betapa beliau memandang serius kerjaya pilihannya itu. Usahanya turut dipermudahkan hasil bantuan lapan orang penulis bersama dan akan menambah lagi enam lagi penulis mulai tahun ini. Mereka diberi gaji bulanan dan juga perkongsian royalti.

Isteri muda ini juga mengakui kepentingan kerjasama pihak penerbit, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd serta barisan pembaca dan peminat setianya yang turut melengkapi kejayaannya.

Namun, paksi kejayaannya, kata Ain Maisarah, hasil gabungan dengan suami tercinta, Syaizul Amal Zulkaffli, melakar idea dan mencuba pendekatan sama penulis berpengaruh yang sudah membina empayar dalam dunia penulisan.

"Saya bertuah kerana mampu bekerja sama dengan suami. Jadi tidak timbul soal tidak aman yang diakibatkan hal kerja. Malah, beliau yang banyak memberi galakan dan memberi sedikit kelonggaran kepada saya untuk kerja rumah tangga.

"Setakat ini, ketika masih belum mempunyai cahaya mata lagi, dapatlah saya bekerja begini. Namun bila ada anak nanti, terpaksalah saya membahagikan waktu dengan sebaik-baiknya," akhiri Ain Maisarah.

Bagi Syaizul Amal, beliau sudah lama melihat potensi bakat menulis isterinya yang dikahwini sejak tiga tahun lalu.

"Bakatnya ada potensi untuk diperluaskan. Saya berkongsi idea dengannya mengenai hala tuju kerjaya ini dan cara memanfaatkannya menerusi pelbagai saluran berkaitan," kata usahawan yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan perniagaan.

"Bakatnya ada potensi untuk diperluaskan. Saya berkongsi idea dengannya mengenai hala tuju kerjaya ini dan cara memanfaatkannya menerusi pelbagai saluran berkaitan," kata usahawan yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan perniagaan.

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online yang ditulis pada 1/1/2011 oleh Diyanah Anuar

Angka Jualan PTS bagi Tahun 2010 Meningkat 32%

Oleh : Nisa |03 January 2011 | Komen Diterima:0

Pengarah urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS, Tn Arief Rahmat (foto) memberitahu bahawa data jualan bagi tahun 2010 menunjukkan peningkatan 32%, manakala target asal adalah 30%.

Menurut beliau, pencapaian itu adalah di luar jangkaan kerana berlakunya kesan kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang keperluan, suatu perkara yang menyebabkan jatuhnya pendapatan sebenar dan kuasa beli orang awam.

Faktor-fakor yang membolehkan PTS mencapai prestasi luar biasa itu adalah:

(i) Peningkatan jumlah judul baru best-seller yang diterbitkan sepanjang tahun 2010, khususnya judul-judul baru dari pengarang-pengarang top-seller PTS. Mereka adalah Abdul Latip Talib, Ain Maisarah, Chef Hanieliza dan Muhammad Alexander. Bagi setiap pengarang itu, nilai jualan judul mereka masing-masing melebihi RM1 juta.

(ii) PTS telah menaikkan bajet bagi periklanan dan promosi tahun 2010 sebanyak 100% bagi membeli lebih banyak ruang iklan di stesen televisyen, radio dan akhbar-akhbar utama, termasuk akhbar Cina.

(iii) Beberapa inovasi yang dilaksanakan oleh jabatan editorial PTS telah membuka beberapa laut biru baru, seperti siri buku cerita berilustrasi penuh oleh PTS One Sdn Bhd yang mendapat sambutan baik dari pasaran.

(iv) Menambah anggota Tim-Sales bagi meningkatkan jualan dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik kepada kedai-kedai buku yang menjadi agen PTS.

(v) Pertambahan nama-nama pengarang baru muncul yang berbakat, yang membolehkan penerbitan judul baru sebanyak 400 judul.

Kejayaan PTS dalam (a) menangkis kesan negatif kenaikan harga minyak dan (b) berjaya mengekalkan rekod kadar pertumbuhan tinggi selama 10 tahun berturut-turut adalah gambaran ketangkasan cara-fikir dan cara-kerja Tim-PTS yang muda-muda belaka.

Petikan diambil daripada http://www.universitipts.com/

TOP 50 Judul Kreatif Remaja & Kanak-Kanak (1 Januari - 31 Disember 2010)

Oleh : Nisa |03 January 2011 | Komen Diterima:6

Kanak-Kanak

1. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
2. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
3. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
4. Young Aisyah: Cuti Sekolah
5. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
6. Young Aisyah: Summer Camp
7. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
8. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
9. Tukar Sekolah Lagi!
10. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
11. Si Monster Cilik
12. Teladan Gempak: Jiran Masam Manis
13. Dunia Sains Aiman 7: Demam F1
14. Puteri Kemilau Cahaya
15. Young Aisyah: Juara Kampung Badak Berendam
16. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
17. Siri Muaz & Haikal: Kapten Baru
18. Melah Melia: Rombongan Ke Pangkor
19. Misi Suhana: Saya Sayang Mama
20. Puteri Di Alam Fantasi
21. 31 Kisah Sahabat: Kamus Tuhan
22. Usahawan Cilik: Mufin Manja
23. Misi Suhana: Saya Sayang Papa
24. Impian Mira
25. Pensel Ajaib
26. Siri Muaz & Haikal: Along Hilang
27. Sekolah Menengah?
28. Budak Span Dan Kasut Saraf
29. Geng Genius: Rakit Terpantas
30. Adli Di Alam Fantasi: Penyelamat Alam
31. Zara Misi Mustahil
32. Atan Jambul: Kerana Tikus
33. Geng Junior: Sayur Lipat Berinti
34. Sherlock Holmes 1: Perunding Detektif Pertama Dunia
35. Akademi Gemilang 3: Kunci Dimensi
36. Sherlock Holmes 3: Wira Kota London
37. Sekolah Agama?
38. Sherlock Holmes 4: A Study In Scarlet (ed BM)
39. Rahsia Cinta Segitiga Rasulullah
40. Sherlock Holmes 2: Detektif Yang Penuh Kejutan
41. Adam Kecil 09: Sakit Gigi
42. Sahabat Kole Kacang 3: Misteri Banglo Lama
43. Tempat Ke-2?
44. Adam Kecil 07: Dicakar Hantu
45. Koleksi Cerita Adam Kecil
46. Dua Dunia
47. Adam Kecil 11: Merdeka
48. 31 Kisah Sahabat: 10 Sahabat Yg Dijanjikan Syurga
49. Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
50. Usahawan Cilik: Garaj Aiman

 

Remaja

1. Aku Mahu Superbibik
2. Projek Diet Ain Maisarah
3. Siapa Lebih Popular?
4. Aku, Dia & Gosip
5. Diari Mat Despatch
6. Gadis Bubble Gum
7. Diari Si Ratu Air Mata
8. Aku, Dia & Coklat
9. Dear Yayah The Series
10. Aku Mahu Ain Maisarah
11. Aku, Dia & Glamor
12. Akukah Cinderella Itu?
13. Aku Mahu Popular
14. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
15. Sayalah Puteri Raja!
16. Kita Hanya Di Seberang Jalan
17. Kelab Gadis Ayu
18. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
19. Aku Mahu Saiz S
20. Gadis Lolipop
21. My Memory
22. Aku Mahu Ke New York 1
23. Sayalah Putera Mahkota!
24. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
25. Aku Mahu Ke New York 2
26. Impiana - Boxset
27. Seperti Keju & Coklat
28. Buletin Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
29. Semanis Tart Ceri
30. Aku Mahu Buli
31. Buletin Sri Bangsar - Boxset
32. O.T.A.I - Tunjuk Bakat
33. Janji Puteri Beradu
34. Nydia, Terendak Dan Bintang: Episod Pengenalan
35. Gadis Piano
36. Puteri Di Alam Fantasi
37. Dunia Jam Sepuluh
38. Lelaki Berkasut Merah
39. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
40. Sarah dan Senduk
41. Impiana: Misteri Terbongkar
42. Impiana: Finale
43. Gila Gila PSP
44. Nydia, Terendak Dan Bintang: Junior vs Senior
45. Putera Impian
46. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
47. Spanar Dan Spatula
48. Ketua Bilik LA 101: Kami Hero!
49. Sepasang Kasut Untuk Sahabat
50. Si Kaca Mata

Data laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Nassri Abd. Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS.

RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-118-5

Tarikh Terbit: 23 Apr 2012

RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-119-2

Tarikh Terbit: 20 Apr 2012

RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-112-3

Tarikh Terbit: 18 Apr 2012

RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 976-967-401-115-4

Tarikh Terbit: 17 Apr 2012

RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-116-1

Tarikh Terbit: 29 Mar 2012

RM 9.50 / RM 10.50 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-099-7

Tarikh Terbit: 29 Mar 2012

RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-114-7

Tarikh Terbit: 28 Mar 2012

RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-098-0

Tarikh Terbit: 27 Mar 2012

RM 9.90 / RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

ISBN: 978-967-401-109-3

Tarikh Terbit: 26 Mar 2012

  • Rafiza Ab Rahman

    Editor Senior

  • Nurul Azura Mohd Tohid

    Editor Perolehan

  • Rasmawati Abdul Muin

    Editor

  • Siti Maryam Ahmad Tajuddin

    Editor

  • Farizun Amrod Saad

    Editor Kreatif