husna 11 February 2010

Hai kawan-kawan!

 
Masih ingat pada novel Remaja@PTSONE?
 
Ya! Novel ini akan kembali di pasaran sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pula. Tahun 2010 yang sangat menarik!
 
Jadi, kami membuka peluang kepada kawan-kawan yang berminat menghantar karya bertemakan pengalaman pada bulan puasa dan juga pengalaman ketika berhari raya bagi dimuatkan ke dalam novel hangat ini. Walau bagaimanapun, hanya karya terbaik yang akan dipilih dan setiap karya yang dimuatkan akan menerima RM 70, sijil penghargaan dan senaskhah novel Remaja@PTSONE 2010. Menarik bukan? 
 
Apa lagi? Marilah mula menulis dari sekarang! Mana tahu, ada antara karya kawan-kawan yang terpilih.
 
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:
  • Tiada had umur.
  • Yang penting jalan cerita perlu original, menarik, kreatif dan lain daripada yang lain.
  • Tema pengalaman beraya ataupun berpuasa.
  • Perlu cerita yang syariah-compliant, ada moral yang baik, tidak kira sama ada ceritanya sedih ataupun kelakar!
  • Karya bersaiz A4, lebih kurang 8 muka surat.
  • Bertaip
  • Font-12, double spacing
E-melkan manuskrip kawan-kawan itu ke ptsone@pts.com.my, ataupun ke alamat ini:
 
Remaja@PTSONE 2010,
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd,
No. 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
 
Bagi memudahkan urusan, sertakan sekali biodata kawan-kawan kepada kami.
Kami perlukan nama penuh, alamat, e-mel dan juga nombor telefon, sekurang-kurangnya.
 
Mahu tulis cita-cita, sekolah di mana, tarikh lahir dan sebagainya pun boleh. :P
 
 
Jangan malu-malu menghantar karya kawan-kawan itu kerana orang yang malu-malu susah hendak berjaya!
 
 
Okey, selamat berkarya!
 
Jumpa lagi! :)
 
Oh ya! Tarikh tutup adalah pada 28 Februari 2010!
 
Jangan lupa ya!
 

iza  on  13/02/10  at  10:57 PM

salam,saya nak tanya,
macam mana nak antar karya(novel) ke PTSone?(novel remaja)
apa syarat2nya?dan apa yang prlu dhantar?

izzah  on  14/02/10  at  10:06 PM

salam,saya ingin brtanya,
macam mana kalau nak hantar manuskrip(novel)ke PTSone?
apa syarat2nya?apa yg prlu dhantar?

PTS One  on  16/02/10  at  10:22 AM

Saudari Iza dan Saudari Izzah,
Boleh e-melkan kami sinopsis dan mana-mana contoh bab ke .(JavaScript must be enabled to view this email address).
Nanti editor kami akan membalas e-mel saudari berserta manual penghantaran dan syarat-syaratnya.

Terima kasih kerana berminat menulis bersama PTS One! (^_^)

fatimah azzahra  on  20/02/10  at  08:05 AM

salam cik Husna…sukanya….insyaallah saya akan hantar karya saya itu…terima kasih smile

Anis Diyana  on  26/02/10  at  05:58 PM

Askum.

Saya nak tanya.Boleh tak kalau tarikh tutup tu dibuat pada Mac atau April sebab saya baru perasan entri ni.Saya berminat.Kalau boleh buat tarikh tutup hujung bulan April atau Mac..

Sekian terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Komen

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below:


Klik bagi mendengar iklan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang di radio HotFM
Aktiviti
Pesanan Anda